Fuh!!! Hangat. Memang hangat. Bukan setakat hangat - hangat taik kucing je dah ni. Ni dah hangat sampai hangit kalau kita terus ikuti perkembangan kes Si Al -Juburi ni.
Hari ini, Ketua unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong masih lagi diasak oleh Peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau terhadap pembantu khasnya itu.
Ram Karpal masih lagi mempertikaikan satu 'allele' yang dilaporkan pada B9 (calitan putik kapas) dikawasan bawah rektal.
Beliau mendakwa Dr Seah gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali yang dijumpai pada seluar hitam Mohd Saiful Bukhari.
Perkara tersebut telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr. Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.
Ram mendakwa seolah - olah sepruh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi Dr. Seah memilih untuk tidak melaporkannya.
Namun, menurut Dr. Seah, perkara tersebut tidak dicatatkan kerana beliau berpendapat bahawa ianya tidak signifikan.
Macam mana la Dr. Seah tu nak kata signifikan, sebab tak logik lansung kalau kita fikirkan. Tak mungkin sampai ada 10 orang balun si Saiful ni.
Kalau ye pun nak menimbulkan keraguan dalam laporan DNA ni, agak - agak la. Ni dah jadi kes 'Gangbang' (meliwat beramai - ramai) la pulak. Ke Anwar ajak geng dia masa 'buat kerja tu?
Dr. Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa Lelaki Y, DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.
Kata beliau ia disebabkan tidak ada spesimen atau rujukan sampel yang diberikan oleh mana - mana pihak.
Hah, kalau Anwar berani, kita cabar dia bagi sampel DNA dia untuk diuji. Baru kita tahu sama ada DNA itu milik beliau atau tidak.
Kalau sebelum ni dia kata DNA dia disalah gunakan dan pihak pendakwaan ambik sampel dia sebelum ini. Sekarang, dah jelas tak de rujukkan.
Ini masanya dia nak buktikan kebenaran. Kalau dia benar - benar tak buat kerja 'haram' ni, dia akan bagi. Tapi, persoalannya nak ke dia bagi demi maruah diri dia?
Kita tunggu dan lihat saja perkembangan kes ini seterusnya nanti. Makin hangat dah rasanya ni. tak senang duduk dah Si Al - Juburi tu rasanya. Padan muka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.