Lain macam betul la Menteri Besar Pahang ni. Memang beliau suka buat benda lain daripada orang lain.
Semut sempat menghadiri satu program anjuran UMNO Bahagian Bentong di mana Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob ni menjadi Ketua Bahagiannya.
Dalam sesi taklimat selama sejam tu, Dato Sri sempat mengingatkan agar ahli - ahli UMNO terus mempergiatkan usaha mereka mendekati rakyat diperingkat akar umbi.
Selain itu beliau juga turut menggesa ahli UMNO agar berkerja keras mendaftarkan keahlian serta daftar pemilih.
Nak mudah, Semut bagi nama program yang dicadangkan oleh Dato Sri ni supaya ianya dikenali sebagai Gerakan APCO, Ahli Perlu Cari Orang untuk didaftarkan sebagai pemilih.
Usaha ini perlu dipergiatkan agar pemahaman rakyat terhadap tanggungjawab mereka demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara.
Maka setiap kepimpinan UMNO diperingkat Bahagian dan Cawangan perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan gerakan ini.
Bukan la APCO yang selalu disebut - sebut oleh si Ketua Penipu tu. Dia memang dah sah menipunya sebab sampai hari ni dia tak jawab juga cabaran Nazri Aziz untuk berdebat mengenai isu tersebut.
Tapi masih jugak dia dok jaja cerita pasal APCO ni. Dalam setiap ceramah, dia kata dia tak diberi kesempatan untuk membentangkan bukti yang dia ada di Parlimen.
Bila dicabar untuk berdebat mengenai isu tersebut, tak nak pulak dia sahut? Kenapa? Takut ke? Nampak sangat dah menipunya. Tak de kerja lain. Menipu je la kerja dia. Nak jadi Perdana Menetri konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.