Khamis, Februari 03, 2011

Apa yang si Nasarudin Tantawi nak mengarut ni? Semut kadang tak faham jugak dengan Ketua Pemuda PAS Pusat ni. Apa sebenarnya yang dia nak sampaikan?

Hari ni, dia keluar kenyataan bahawa Dewan Pemuda PAS Pusat berharap usaha membawa pelajar Malaysia keluar dari Mesir bukan hanya kepada Pelajar berdaftar dengan Kementerian sahaja.

Tapi beliau mendesak agar semua rakyat Malaysia yang berada disana turut dibawa keluar. Harapan DPPP agar pertolongan diberikan secara menyeluruh tanpa diskriminasi.

Ala Nasa, Kerajaan Malaysia tak sekejam itu la. Dah dijadualkan penerbangan pergi balik untuk menyelamatkan semua warga Malaysia. Nak takut apa lagi? Saja nak buat panik la tu.

Kalau risau sangat, pesan pada mereka yang belajar sendirian tu agar lapor diri di Kedutaan Malaysia. Dah tau pegi sendiri, pandai - pandai la jaga diri.

Lagi pun Kerajaan Malaysia ni tak sekejam Kerajaan PAS Kelantan. Hantar duit RM120k untuk bantu pelajar diorang je. Yang tu tak kira dikriminasi pulak? 

Patutnya si Nasa ni pegi tegur Nik Aziz tu tanya kenapa hantar duit bantuan untuk pelajar diorang je. Dia sepatutnya mendesak agar pertolongan turut diberikan secara menyeluruh tanpa diskriminasi.

Jangan nampak salah orang je dan asyik nak buat dakwaan yang bukan - bukan. Kaji dulu diri sendiri. Parti sendiri buat apa Nasa? Setakat bercakap, boleh la. Buat tengok.

Tapi kira Nasa ni ok sikit la. Pandai jugak dia ucap terima kasih pada Kerajaan. Bukan macam sesetengah pemimpin yang lain tu. 

Korek hidung pandai la dia. Kalau bercakap, bukan main lagi. Bila suruh buat kerja, dia dulu geleng kepala. Macam tu nak jadi pemimpin? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

8 ulasan:

  1. menatang ni pun bukannya cerdik sgt pun...lagipun hati PAS amat busuk sbb itu mereka ingat hati kerajaan BN pun sama busuk dgn mrk!!!

    minta jasa baik tn semut utk linkkan blog saya..TQ
    http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. benda tak dak sengaja diadakan..nak tunjuk otak dangkal depa berfungsi jugak...suadah la mat nasa oiiiii..melayu kebanyakan dah muak dengan kaki ampu "peliwat/share bini org" dan kaki ampu teloq LKS/LGE/KS nii..sudah sudah la

    BalasPadam
  3. Cari publiksiti murahan, siNasarudin Tantawi nak jadi hero hindustan wakakaka...lawak nya dia...

    BalasPadam
  4. salam.

    kononya apa sahaja tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan adalah kerana memenuhi tuntuan Pas.

    sebab itu mereka mendesak walaupun mereka tahu tanpa didesakpun kerajaan memang akan mengambil tindakan sewajarnya.

    Mereka tahu Kerajaan Pilihan Rakyat UMNO-BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab. kalu tak buat desakan nanti mereka langsung tidak dapat share apabi;la rakyat semakin sayang pada kerajaan.

    Alahai Nasarudin Tantaik..budah tadiuka PASTI pun tau taktik murahan tu.

    p/s: http://laksabentan.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Minta PAS kutip derma...buat tabung...Macam tabung memali...

    BalasPadam
  6. nak tau sebab apa jadi mcm tu, sebab PAS fikir kerajaan ni fikir apa yang dia fikir. tu yang jadi mcm tu, orng yang biasa buat tak baik, jadi dia pun fikir orang pun akan buat sama dengan apa yang dia buat.

    BalasPadam
  7. Ada aku kesah ,orang banyak bercakap kurang kerja mana sama dengan org bekerja kurang bercakap.Mamat ini tak ada apa gunanya....rugi aku punya pemimpin macam ini harap janggut dengan ketayap aje ..heee

    BalasPadam
  8. nak tau sebab apa jadi mcm tu, sebab PAS fikir kerajaan ni fikir apa yang dia fikir. tu yang jadi mcm tu, orng yang biasa buat tak baik, jadi dia pun fikir orang pun akan buat sama dengan apa yang dia buat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping