Isnin, Februari 07, 2011


Diam tak diam, rupanya ada orang yang berani tegur Wali Terompah yang kononnya maksum tu. Mungkin dia dengar nasihat Rais Yatim kot. Cuma caranya saja yang agak berlainan.

Kalau kita baca kenyataan Mahfuz dalam Haprak Daily mengenai krisis di Mesir, semuanya dia mengutuk Perdana Menteri.

Dia beria - ia mendesak agar Datuk Seri Najib mencontohi gerakan rakyat Mesir yang bangkit menentang Kepimpinan Hosni Mubarak.

Katanya, Hosni Mubarak dah jadi diktator dan memerintah dengan zalim. Terlalu lama pegang kuasa sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat.

Kalau dikaji semula, di Malaysia ni pun ada orang yang sama spesis dengan Hosni Mubarak iaitu Nik Aziz. Berapa lama dia memerintah Kelantan?

Hampir sama hayatnya dengan Hosni Mubarak. Ada dia pedulikan rakyat? Tak Ada. Kalau ada, kenapa ramai rakyatnya yang berhijrah keluar dari Negeri tersebut?

Jangan bagi alasan bodoh kata rezeki ada dimana - mana. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula manusia. 

Memang betul, rezeki ada dimana - mana. Tapi manusia kena berusaha. Dan mustahil dalam Negeri Kelantan tu takde kerja melainkan Kerajaan tak menyediakannya.

Itu menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tak ambik berat terhadap rakyatnya. Sama dengan apa yang berlaku di Mesir.

Malah kebajikan rakyat sendiri turut terabai. Jika tidak, takkan Kelantan masih menduduki tangga teratas dalam senarai Negeri Termiskin di Malaysia?

Sekali lagi, jangan buat alasan bodoh kata Kerajaan Pusat tak bagi bantuan. Hasil Kerajaan Negeri terlalu banyak dan ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS. Mana pergi semua hasil tersebut?

Mungkin Mahfuz sebenarnya nak sindir menantu, dia pukul anak. Takut nak cakap terus terang dengan Nik Aziz agar berundur dari politik. Jadi dia perli Datuk Seri Najib.

Sepatutnya, dia berdepan dengan Nik Aziz dulu dan mendesak agar Mursyidul Am PAS itu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. 

Dah lama sangat pegang kuasa. Bila rakyat bangkit menentang kepimpinannya, boleh pulak mereka kata ianya angan - angan Mat Jenin? Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dulu masa Tun Mahathir jadi PM bukan main lagi Pok Nik 'menyalak' macam anjing desak Tun Mahathir letak jawatan. Dah lama lah, banyak kerosakan lah.. Tapi sekarang Pok Nik masih menongkat langit, mempertahankan kuasa dunia yang sementara semata-mata untuk 'menyesatkan' UMNO!

    BalasPadam
  2. Banyak persamaan N.Ajis dgn Hosni Mubarak. Corak pemerintahan mereka keras dan kerap menghukum golongan penentang tanpa keadilan. Mereka akan menghalalkan apa saja yang memihak pada mereka tetapi mengharamkan pula apa saja yang menentang mereka.

    Kalau Hosni guna polis dan tentera, N.Ajis guna fatwa.

    Kalau Hosni nak perintah mesir sampai bila-bila, N.Ajis nak perintah Kelate sampai mati atas takhta.

    Kalau Hosni baik dgn Israel, N.Ajis kamcing dgn Singapore.

    Banyak lagii wooooo

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping