..."Kotor Tak Pe. Janji Soru Jangan Miss, Sudah La"...
Ini berita hebat saudara - saudara. Memang hebat. Hebat sangat sampai tak terucap dek kata - kata. Hilang bahasa nak menggambarkan kehebatan si Wali Terompah ni.
Tapi bukan hebat apa. Hebat sangat dia menipu dan memutar belit sesuatu perkara. Mana dia belajar entah la. Dulu tak macam ni, pandai putar belit.
Hari semalam Nik Aziz kata PAS Kelantan akan melancarkan 'Gerbang Az-Ziwaaj' dengan peruntukan sebanyak RM1.5juta.
Ianya bagi tujuan untuk menggalakkan 1,500 pasangan muda yang kurang berkemampuan untuk berkahwin tahun ini.
Tapi terhad kepada 1,500 pasangan sahaja. Yang lain cari duit sendiri la. Kerajaan tak nak tanggung. Itu pun dapat RM 1,000 je.
Bagus dah cadangan tu. Cara dah betul. Tapi ada satu benda pelik yang timbul. Mana pulak datang duit RM 1.5 juta tu?
Ada pulak duit nak bagi kat orang lain? Tapi duit untuk peruntukan penyelenggaraan dan pembersihan tandas Masjid tak de pulak ye?
Kira kebersihan tandas tu tak sama penting la kot bagi dia, biar pun tandas tu terletaknya dalam kawasan Masjid. Kotor pun takpe.
Jadi lepas ni, kalau tandas di kawasan Masjid di sekitar Kelantan kotor lagi jangan salahkan rakyat pulak ye. Sebab bukan salah rakyat yang tak cakna benda - benda macam tu. Menteri Besar sendiri yang tak jaga.
tulis post blog mcm orng x de agama...
BalasPadamMoga Allah buka pintu hati kamu...