Isnin, Februari 28, 2011


Ha! Semut ada cerita best untuk dikongsi dengan pembaca semua. PAS di kawasan Kerdau ni dah mati kutu sebenarnya.

Sampai kita boleh nampak kutu tu jatuh sekor - sekor dari atas kepala diorang ni. Kutu tu pun tak boleh hidup kat dalam kopiah diorang di Kerdau.


Nak dijadikan cerita, dalam laporan semalam kata sampai ketika ini PAS masih belum minta sebarang permit untuk mengadakan ceramah.

Dengar kata diorang kalau buat ceramah pun tak dapat sambutan. Tak de orang nak datang dengar cerita bohong diorang tu katanya.
 
Ada juga laporan yang Semut terima diorang turut tidak diendahkan oleh penduduk kawasan setempat. Jentera diorang datang ke rumah pun, orang tak nak bukak pintu.

Jadi, sebab tak diterima rakyat, maka terpaksa la diorang ubah taktik lain. Tapi taktik ni sebenarnya 'back - fire' balik pada mereka secara tak sengaja.

Taktiknya ialah diorang turut serta dalam program - program yang dianjurkan oleh Barisan Nasional dikawasan sekitar DUN Kerdau ni.


Awal petang semalam, diorang ikut Datuk Seri Shahidan Kassim pusing - pusing dari rumah ke rumah, melawat warga tua dan orang sakit serta kurang upaya disekitar kawasan Kampung Peragap.


Malam pulak diorang datang menghadiri ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kuala Tekal.


Malah, mereka juga turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Syed Ibra di program yang dianjurkan dikampung tersebut.


Maka secara tak lansung mereka sendiri telah membuktikan bahawa program - program anjuran BN lebih baik dari apa yang mereka buat selama ini.

Mana la Tok Guru tak menangis air mata darah. Dah calon yang dia umumkan pun tak boleh diharap. Terpaksa pulak ikut program orang lain. Program parti lawan pulak tu. Padan muka!!!
Categories:

7 ulasan:

  1. kire bagus la tu !!!!!!
    adakah ini dipanggil cahaya penyatuan sesama melayu islam ???

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah..Semangat seperti ini yang perlu diutamakan. Perpaduan sebegini akan memperkasakan umat Islam yang berbangsa Melayu..

    BalasPadam
  3. jagan menjadi manusia yang munafik,,sedarlah pihak BN..kerana fitnah itu suatu bentuk dajjal..

    BalasPadam
  4. Sebelum menuduh sesuatu itu kononnya FITNAH, kan lebih baik kaji, selidik,analisis,baca secara berfikir,minda terbuka dan timbang betul2 sesuatu perkara itu............janganlah kerana perkara yang diketengahkan itu tidak memihak kpd. parti anda sokong, terus kata fitnah!! Gunakalan akal anda untuk menaakul sesuatu isu,agar anda tidak tertipu dek kelemahan anda sendiri.Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Apabila seseorang itu membaca sesuatu berita / artikel yang tidak 'selari' dengan fahaman atau ideologi ataupun terkena pada 'idola'nya, akan terus mengatakan ianya fitnah. Sebaik2nya periksa dahulu dan berfikir dengan hati yang tenanng..

    BalasPadam
  6. ape bendelaa korg nie...kite sptutnye bsyukur skiranya UMNNO dan PAS betul2 brsatu...alngkah mantapnye kalo ianya mnjadi realiti..jgn jdi anjing tunggangan politik PR laaa...come on k..bukak mata,bukak pemikiran..kite kire untung brada dalam ngara dan negeri yang aman makmur tapa sebarang pperangan dibwah pemrintahan BN...

    BalasPadam
  7. BN tidaklah bagus sangat PAS dan PKR telah menabur jasa.

    Jasa PAS ialah menyebabkan ramai orang kampong saya tidak tegur menegur. Orang PAS Tidak melawat kematian orang UMNO. Kenduri kendara dipulaukan dan banyak lagi masalah.

    Jasa PKR ialah telah berjaya memberikan gambaran buruk tentang negara ini kepada pihak luar. Kini sedang berusaha menutup pekung yang sedang terbuka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping