Isnin, Februari 28, 2011

...Ni Tenagh Tunggu Wahyu Ke Ni???...

Dah tua sangat dah Nik Aziz ni sebanarnya. Sampai bercakap pun dah tak berapa betul dah si Mursyidul Am PAS ni. Bawak - bawak la pencen dari berpolitik.

Semalam Nik Aziz menyatakan bahawa dia tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Melayu. Dan ianya hanya kebetulan je beliau dilahirkan di Negara ini kata dia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan bagi mengulas pandangan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Sebelum ini Tun meminta Nik Aziz agar melahirkan rasa syukur kerana dilahirkan sebagai Melayu yang sudah tentunya beragama Islam di Negara ini.

Maka disini timbul dua persoalan. Pertama dimana salahnya saranan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Nik Aziz itu?

Salah ke kalau kita saling ingat mengingatkan diantara satu dengan yang lain? Nik Aziz lupa ke dua baris terakhir dalam Surah Al - Asr yang turut menuntut kita saling berpesan dengan kesabaran dan dengan kebenaran?

Agaknya ayat yang dinyatakan oleh beliau dalam sesi tazkirah di Rumpun Makmur baru - baru ni ditujukan khas untuk dirinya sendiri. Apa guna tahu baca ayat Al - Qur'an tapi tak tau maknanya?

Yang kedua. Tidakkah tindakan yang dilakukan oleh Nik Aziz ini jelas mempertikaikan ketentuan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa lagi Maha Penentu Segalanya?

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada diantara langit dan bumi serta setiap sesuatu diantara kedua - duanya. 

Maka adalah dalam kekuasaan Allah S.W.T juga untuk menentukan kita lahir dimana dan dari bangsa apa sekali pun sejak dari Luh'Mahfuz lagi.

Yang perlu kita lakukan sebagai hambanya hanya bersyukur kerana dilahirkan kemuka bumi ini untuk menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa kepada Yang Maha Esa.

Jadi, tak salah rasanya kalau Nik Aziz sekadar menyatakan ucapan terima kasih diatas pandangan yang diberi oleh Tun Dr. Mahathir itu dan akan memikirkannya dengan keizinan Allah.

Kata dia Tok Guru Agama. Kalau Semut diberi nasihat macam tu, dah tentu itulah jawapan yang akan diberikan. Bukan melalut sampai boleh orang lain buat pertikaian!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. ni la orang yang tak tau bersyukur, dia nak lahir kat somalia kot.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping