Wah, sehebat - hebat Anwar punya aura. Hebat lagi aura Nik Aziz rupanya. Aura Nik Aziz ni sampaikan seluruh pengikut - pengikut PAS akan turut mengikut apa yang beliau sedang lakukan.
Kalau Anwar, dia melibat, pengikut tak meliwat. Tapi kalau Nik Aziz, dia angguk, semua ahli PAS angguk. Memang kena sangat nama Parti Angguk Saja.
Nik Aziz sekarang ni tengah ketar lutut sebab cabaran dia disahut oleh orang takde tauliah dan kedudukan untuk berdebat. Sapa lagi kalau bukan Prof. Mohd Noor Deris.
Sampai dah macam orang kena penyakit 'Parkinson' dah Nik Aziz ni. Dok kat umah terketar - ketar seluruh badan.
Ingatkan dia sorang je pengecut dan penakut. Rupanya habis semua pengikut - pengikut PAS pun ikut jadi penakut juga.
Dengar kata, beberapa pemimpin kanan PAS sedang melobi untuk tidak menurunkan calon mereka di Pilihanraya Kecil Merlimau nanti. Kononnya sebab kos tinggi dan masa ini perlu digunakan untuk memfokus pada Pilihanraya Umum tak lama lagi.
Kata sumber itu lagi, hanya ada beberapa pemimpin sahaja yang ghairah mahu membuka bilik gerakan di Merlimau sedangkan kebanyakkan dari mereka di peringkat Nasional tidak cenderung nak bertanding.
Pemimpin JK PAS Pusat itu juga turut berkata, halangan dihadapi sekarang hanyalah hasrat kepimpinan PAS peringkat Negeri dan Kawasan Jasin.
Namun, keputusan tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Pakatan Pembangkang disebelah petang dan Mesyuarat Biro Politik PAS disebelah malam pulak.
Katanya, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik jadi Pengarah Pilihanraya Kecil Merlimau turut menyokong idea tersebut.
Hai, Tuan Ibrahim. Takut jugak ke nak menghadapi Pilihanraya Kecil? Baru bagi tanggungjawab dah nak larikan diri ke? Ke takut malu bila kalah nanti?
Nanti, ada lagi. Kata seorang lagi pemimpin PAS, parti itu perlu membuat keputusan sebelum memujuk rakan - rakan Pakatan Pembangkang agar mengambil langkah yang sama.
Fuh!!! Senang banyak la si Sam Ketot kalau betul PAS tak nak bertanding. Laluan mudah buat dia untuk jadi calon.
Yang pasti, ada jugak dikalangan puak - puak PAS yang mengakui PKR banyak mendatangkan masalah kepada Pakatan Pembangkang.
Jadi, dari mengabihkan masa, baik ta payah bertanding terus. Bagi je BN menang free. Senang cerita. Tak banyak songeh nak melayan kerenah pembohong macam diorang ni. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.