Ahad, Februari 20, 2011


Puak - puak Parti Angguk Saja ni semakin hari, semakin pandai dah memutar belit. Dah jadi puak - puak putar alam pulak dah jadinya.

Ada je bahan untuk diorang terus menipu rakyat. Terbaru diorang mengaku kononnya nak jadi jaguh memperjuangkan Melayu konon.

Kata diorang, Ketuanan Melayu ni tak bagus. Tapi nak jadi pejuang Melayu? Yang peliknya, dalam pentadbiran Negeri diorang sendiri, semua Melayu je yang berkuasa.

Cuba try bagi kerusi Exco Kerajaan Negeri pada DAP, tengok boleh ke tak boleh. Tapi DAP mana ada dekat Negeri Kelantan. Sebab apa takde? Itu persoalan yang diorang kena jelaskan.

Semalam diorang buat konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di Alor Setar, Kedah. Tujuan konvensyen tu kononnya nak jelaskan pada Melayu apa yang PAS boleh buat untuk Melayu.

Yang peliknya, buat konvensyen pengupayaan bangsa boleh pulak? Kata Islam tak kira bangsa dan latar belakang kaum? Apa cerita ni? Yang mana satu diorang nak ikut?

Buat konvensyen pengupayaan bangsa kononnya. Tapi suruh bangsa sendiri benci sesama sendiri apa jadahnya? 

Dia buat konvensyen agar orang yang datang menolak UMNO sedangkan UMNO tu 100% Melayu. Jadi secara tak lansung, diorang mempromosikan agar Melayu tolak Melayu.

Yang si Hadi Awang lagi best. Dia kata pemimpin kepimpinan Islam tak semestinya didokong hanya orang Islam. Islam tak fokus pada satu kaum tertentu sahaja.

Habis yang Barisan Nasional ni memerintah tertumpu pada satu kaum saja ke? Kaum lain tak de dalam Kerajaan? MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP dan sebagainya tu apa? Tunggul kayu?

Yang si Ciputdin ni lagi bagus. Dia kata, Ketuanan Melayu ni hanya digunakan oleh UMNO semata - mata untuk mendapat sokongan Melayu.

Habis yang dia buat konvensyen ni apa jadahnya? Bukan untuk dapat sokongan Melayu ke? Yang diorang gunakan Islam tu tak pe pulak. 

Pada hal itu pun jadi alat untuk dapat sokongan Melayu sebab majoriti Islam di Malaysia ni semuanya orang Melayu.

Nampak sangat la diorang ni pun dah mula hilang arah. Cakap pun main pusing - pusing. Banyak sangat berkawan dengan si Poosingh tu la yang jadi macam ni.

Sudah - sudah la nak menipu rakyat. Buat piagam la, apa la. Melayu tempat sendiri pun kena pinggir, apa cerita? Nak perjuangkan Melayu konon. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ha, dah dpt idea dah.. kalu si N.Ajis karut + mengarut tu mampus tak lama lagi boleh kita panggil dia Bapa Pemecahbelah Umat x? Tentu sekali sesuai kan?

    Kah kah kah kah

    BalasPadam
  2. mereka ini bukan nya orang Melayu dan bukan nya beragama Islam tetapi mereka ini lah berbangsa yakjud makjud dan beragama isle sebab itu mereka suka melacurkan ayat ayat suci Al Quran untuk kepentingan undi mereka, mengadaikan kalimah Allah swt yang suci sehingga hendak di kongsikan dengan gereja kristian, memecah belahkan umat Islam, memfitnah dan memutar belitkan fakta dan suka berkawan dengan syaitan adalah sebahagian dari contoh laku wali syaitan mereka dan jauh sekali dari yang dikatakan ulamak pewaris para nabi dari segi tindakan tingkah laku dan tutur bahasa nya.

    BalasPadam
  3. Nak tengok Nik Aziz pakai songkok hitam. Baru lah kita kata dia hormat orang Melayu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping