"Hehehe...Ada Can Lagi Aku Jadi ADUN..."
Wah, ini satu berita baik buat si Sam Ketot. Masih terbuka la peluang untuk dia jadi ADUN di Merlimau nanti.
Semalam Semut dengar cerita dari kawan - kawan PAS di Kerdau kata diorang tak jadi nak bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Merlimau.
Semuanya gara - gara pihak SPR yang buat pengumuman kata Pilihanraya Kecil DUN Kerdau diadakan serentak dengan Merlimau.
Mungkin sebab PAS tak nak Tuan Ibrahim Tuan Man dapat Migrain, maka langkah tersebut dirasakan sangat sesuai untuk diambil.
Kesian jugak kat dia. Kelam kabut jadinya. Tapi masih lagi sempat menipu rakyat kata diorang sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihanraya bila - bila masa.
Tapi pelik jugak. Kenapa sampai hari ni puak - puak Pakatan Pembangkang tak buat mesyuarat untuk bincangkan mengenai siapa yang patut bertanding di Kerdau?
Kalau Merlimau hari tu, sibuk buat mesyuarat la, itu la ini la. Kecoh berebut kerusi. Ni senyap - senyap PAS boleh je buat keputusan sendiri, kenapa?
Dengar cerita Tuan Ibrahim dengan si Fauzi Pendek tu tak 'ngam', tak sekepala, ye ke? Maklum la, dua - dua sibuk berebut kerusi nak jadi ADUN sekarang ni.
Ye ke tidak cerita ni tak tau la kan. Sebab dengar yang cerita, bukan Semut. Semut tukang tulis je. Hehehe...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.