Mungkin Tongkang yang sedang dibina oleh Setiausaha Publisiti DAP ni terlalu kecik maka sebab itu la makin ramai orang tak nak naik.
Awal tadi, bekas ahli PKR Ipoh Barat dan Tambun yang bertindak keluar Parti dan menyertai Parti Gerakan.
Bukan sorang dua. Tapi 200 orang yang dah terjun dari tongkang Pakatan Pembangkang yang dah hampir nak karam tu. Belum masuk air pun lagi katanya.
Kali ni, 30 orang puak - puak PAS dari Pasir Puteh, Kelantan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.
Ianya termasuk bekas Timbalan Ketua PAS Cawangan Bunut Rendang, Raja Abdullah Raja Mahmod yang menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman pada satu majlis di Kampong Gong Datuk.
Kata Raja Abdullah, mereka tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang sudah hilang arah tuju asalnya.
Kata beliau lagi, pemimpin PAS hari ini sentiasa membuat dakwaan buruk terhadap UMNO seperti mengkafirkannya sedangkan Islam melarang keras umatnya berbuat demikian.
Bagi Ketua Muslimat PAS Semerak, Noriah Salleh, keputusan tersebut dibuat disebabkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sering mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan akidah.
Kan Semut dah cakap. Kerana mulut badan binasa. Sekarang terbukti bahawa ada dikalangan ahli PAS yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh Wali terompah itu.
Beliau ternyata hanya pandai mempergunakan Islam sebagai alat dalam perjuangan politiknya semata - mata.
Mungkin juga sebab sikap yang ditunjukkan sejak kebelakangan ini membuatkan lebih ramai orang mula sangsi dengan perjuangan dan pegangan Islamnya.
Itulah akibatnya kalau bercakap main sedap mulut je. Tak fikir lansung mengenai ahli - ahli yang lain. Sekarang baru padan muka. Nak perjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.