"...Aduh! Kena Lagi!!!..."
Tak serik - serik lagi gamaknya rakyat di Malaysia ni. Suka sangat diorang ulang - ulang cerita. Ingatkan dah habis dah buat demo, rupanya ada lagi.
Inilah yang Semut panggil Gerakan Kebangkitan Rakyat yang menuntut Keadilan dan Kebenaran diperjelaskan secara zahir. Bukan setakat pandai cakap sahaja.
Nampak gayanya, rakyat Malaysia ni akan terus mendesak Ketua Penipu rakyat tu agar dapat membuktikan kebenaran kata - kata dia.
Kali ini dengar kata, demo berlaku di Nibong Tebal pulak. Hampir 100 orang ahli NGO berkumpul sambil membawa sepanduk mendesak Anwar memberikan DNAnya.
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya, 'Berani Kerana Benar, Takut Sembunyikan DNA', 'Mana Suara Keadilan?' dan 'Jangan Tunda Lagi'.
Mereka mendesak agar Anwar dapat membuktikan bahawa dakwaan meliwat yang dilakukan oleh dia terhadap Mohd Saiful Bukhari itu satu fitnah dan agenda politik semata - mata.
Kalau tidak dengan cara menyerahkan DNA dia secara suka rela, cara mana lagi yang boleh dibuat oleh Anwar untuk membuktikannya?
Demo itu diadakan bagi desakan berterusan terhadap Si Ketua Penipu itu memandangkan kes perbicaraannya bersambung hari ini.
Patut la Anwar sejak akhir - akhir ni dah makin senyap. Tak banyak dah cerita mengenai dia yang keluar. Jadi tak payah nak kecoh - kecoh la cerita pasal Taib Mahmud.
Serahkan dulu DNA Si Ketua Penipu itu kepada Mahkamah secara sukarela, kemudian baru nak pertikaikan pasal orang lain. Jangan la nak diperbodoh - bodohkan rakyat di Malaysia ni. Rakyat Malaysia ni tak bodoh macam Si Al Juburi tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.