Inilah akibatnya bila suka sangat mendoakan musibah menimpa terhadap sesama agama dan umat Islam. Tak mustahil ianya akan terpalit pada muka sendiri.
Sebelum ini, mereka gah sangat buat solat hajat pecah perut dan sebagainya. Tapi nampak gayanya, mereka yang cacat akhirnya.
Ternyata, laporan Semut semalam terbukti benar. Jadi, apa yang Semut tulis bukan la sekadar dengar khabar angin semata - mata.
Bukan setakat Pemangku Ketua Cabang je yang keluar parti di Indera Mahkota semalam. Rupanya Naib Ketua Wanita dan Setiausaha Wanita pun dua kali lima jugak.
Menurut kata Fadzilah Abdul Wahab, tindakan mereka yang keluar semalam sebab sikap PKR yang suka meminggirkan suara rakyat.
Kata dia, keputusan untuk keluar dari parti itu semalam adalah akibat daripada kepincangan yang berlaku dalam PKR terlalu banyak.
Dia sendiri sudah banyak kali mengajukan laporan mengenai perkara itu tetapi hanya dipandang sepi oleh pucuk pimpinan.
Macam mana diorang tak dipandang sepi. Semuanya sibuk nak membela bontot Ketua Penipu tu je dah sekarang ni.
Punca kekalutan dalam PKR ni sebenarnya semua berpunca dari Anwar Ibrahim sendiri. Bukan salah orang lain.
Baru dalam rangka nak membersihkan imej ekoran kemusnahan dalam Pemilihan yang lalu, dah si Ketua Penipu tu buat masalah baru.
Sapa suruh dia berdolak dalih mengenai isu DNA dia? Kalau dia secara sukarela serahkan DNA dia hari tu kan senang. Sekarang dah terima musibbah macam ni, baru padan dengan muka dia.
Itu pun orang PKR tak sedar diri jugak lagi? Masih jugak diorang nak sokong manusia yang tak bertanggungjawab macam si Al - Juburi tu? Jangan biarkan diri anda diselubungi DNA!!!
Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.