Ni la kerja puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Kerja lain tak de, asyik nak berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak de kerja lain ke diorang ni?
Bila orang kata dia retorik nak memperjuangkan Melayu, diorang marah. Kata diorang dah lama memperjuangkan kaum tersebut.
Konon kata sebab orang Melayu ni golongan paling awal Islam di Malaysia. Jadi diorang kira pukul sama rata la.
Tapi dalam masa yang sama kata tak bangga jadi Melayu. Kalau dah Melayu golongan pertama Islam di Malaysia, tapi tak bangga jadi Melayu sama la dia tak bangga jadi Islam. Tak gitu?
Tapi kenapa baru sekarang diorang nak bangkitkan soal Melayu? Kenapa tak dulu lagi diorang perjuangkan Melayu kalau dah tau Melayu tu Islam?
Sekarang ni, diorang sibuk nak membela nasib kaum Wanita yang ditindas pulak. Konon mereka buat dakwaan bahawa Wanita merupakan aset penting Negara.
Kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, golongan wanita yang berkualiti sangat diperlukan untuk membentuk keluarga, masyarakat dan Negara.
Baru sekarang nak perjuang? Dulu kenapa dipinggirkan? Dulu kenapa keluar kenyataan kata Wanita tak layak bertanding jadi ADUN dan Ahli Parlimen?
Ni semua nak tiru orang la ni. Diorang tengok UMNO/BN bagi laluan serta pentas yang cukup luas untuk wanita berdaya saing dalam Negara.
Ni semua agenda nak melawan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat je sebenarnya. Bukan ada tujuan lain pun.
Mungkin diorang rasa tergugat dengan pendekatan yang dibawa oleh Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia tu je sebenarnya.
Daripada diorang rasa tergugat, baik la berganding bahu. Buat je Kerajaan Perpaduan kalau dah hala tujunya sama. Buat apa nak bergaduh? Yang rugi rakyat je nanti. Itu pun diorang susah sangat nak faham ke? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.