Itu persoalan Semut. Mungkin subjek ini berat untuk dibaca dan dibahas dalam blog. Tapi ini sekadar tuntutan daripada beberapa orang rakan serta Sahabat Semut.
Hari ini, Mufti Selangor keluar larangan kitab tersebut menggunakan kalimah Allah sebagai kata ganti bagi perkataan God.
Perlu diingatkan! Majlis Fatwa Kebangsaan hanya membenarkan penyebaran kitab itu dalam bahasa Melayu sahaja. Tapi tidak membenarkan kata ganti itu diguna pakai.
Datuk Tamyes Abd Wahid kata, 5000 naskah kitab Injil berbahasa Melayu itu akan dilarang pengedarannya di Negeri itu kerana tertakluk kepada Enakmen Islam Selangor.
Tamyes juga sekali gus mengesahkan kenyataan Nazri Aziz bahawa tindakan Kerajaan memansuhkan penahanan kitab tersebut tidak sah disisi undang - undang syariah Selangor.
"Saya tetap berpandangan bahawa memang sewajarnya (pengedaran kitab Injil itu) dihalang, kerana terjemahannya mengandungi kalimah God yang diterjemahkan kepada Allah (dan) ini adalah bahaya dan mengelirukan kepada anak-anak muda khususnya," katanya kepada Tv Selangor.Wah! Kita tengok macam mana Si Teresa Cork tu nak mengulas kenyataan yang diberikan oleh Mufti Negerinya sendirinya ni.
Selain Mufti Selangor itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Harun Din juga dengan tegas menyatakan pendirian yang sama, yakni menolak penggunaan kalimah Allah bagi kata ganti kepada God.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah dikunjungi beberapa kumpulan Pemimpin PAS Pro Erdogan bagi memujuk beliau membuat kenyataan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu dibenarkan untuk terus beroperasi di seluruh Negara. Ini akan memberi kelebihan politik terhadap parti tersebut terutamanya dalam berhadapan dengan PRU Sarawak.
Harun Din dengan nada marah memberi amaran keras terhadap pemimpin2 tersebut agar tidak menggadaikan maruah Agama Islam demi kepentingan politik sempit. Harun Din kemudiannya bertanya kembali apa kesannya apabila pengedaran Kitab Bible berbahasa Melayu ini?
Namun, persoalan Semut serta rakan - rakan tetap sama. Apa keperluannya kitab Injil itu diterjemahkan kepada Bahasa Melayu pada asalnya?
Adakah kita hendak lihat anak2 Muda Islam membeli Kitab tersebut lalu terpesong agama mereka? Harun Din juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa ianya tidak releven dan sewajarnya PAS tidak bertindak melulu dalam mengejar karier politik tanpa memikirkan soal kedaulatan Islam pada masa hadapan.
Kalau nak kata ianya untuk pemahaman penganut mereka dari kalangan orang Asli ianya tak masuk akal. Kenapa ianya tak masuk akal?
Kerana jika dilihat pada Sejarah, Mubaligh Kristian pada satu ketika dahulu membuka Sekolah bagi mengajar bahasa Inggeris, bahasa yang biasa digunakan dalam Injil kepada penganutnya.
Jadi kenapa sekarang mereka tidak boleh lakukan perkara yang sama? Sedangkan bagi umat Islam sendiri, setiap anak kecil yang sudah mula mengenal huruf pun dihantar untuk mengaji Al - Qur'an yang ditulis dalam bahasa Arab.
Jadi ini satu tuntutan Semut sebagai rakyat di Malaysia ini kepada pemimpin. Berikan sebab dan keperluan Injil itu ditulis dalam bahasa Melayu serta jelaskannya kepada rakyat. Itu sahaja.
Kenyataan dalam Utusan Malaysia menggunakan istilah INJIL merujuk kepada Bible sungguh mengelirukan. Pada waktu umat Islam wajib beriman kepada 4 kitab yang diturunkan Allah dari langit (agama samawi) iaitu Injil, Taurat, Zabur dan Al-Quran, pada zaman ini, hanya Al-Quran sahaja yang benar2 asli dan dijamin Allah akan terpelihara daripada diseleweng hingga kiamat. Justeru, tidak ada lagi kitab2 yang tiga itu lagi selain Al-Quran, termasuklah Injil. Penggunaan istilah Injil ini bukan sahaja mengelirukan penganut Islam (dan sudah tentu akan digunakan oleh missionaris Kristian untuk dijadikan senjata dalam dakwah mereka kepada umat Islam yang kurang faham/lemah iman) malah ia juga mengundang kekeliruan kepada pengabut Kristian itu sendiri kerana Bible adalah BUKAN kitab injil. Satu lagi, bila membaca tulisan YB Zul Nordin berkenaan peristilahan yang dilarang dari diguna oleh orang2 bukan Islam seperti Allah, nabi, solat, rasul dan seumpamanya, apakah pembebasan 35000 naskah bible dari pelabuhan kelang tu telah dipastikan mematuhi garis panduan peristilahan itu? Dan apakah kita boleh pastikan Bible yang dibenarkan diedar itu betul2 diedarkan kepada hanya penganut2 Kristian sahaja? Hmm...atas kertas memang senang untuk dirangka dan ditulis, tetapi pelaksanaan dan implementasinya bagaimana? Janganlah sampai Allah benar2 turunkan bala ke atas tanahair kita yang tercinta ini dek kerana kelalaian kita sendiri melindungi agama Islam yang suci. Bila bala diturunkan, semua orang akan kena, yang jahat mahupun yang baik. Pada ketika itu, semua orang akan terjaga dari leka dan mula menyesal. Tapi sudah terlambat... Moga Allah selamatkan akidah umat Islam tanahair daripada terlarut bersama2 fitnah dunia akhir zaman. Di manakah suara pemimpin2 agama tanahair pada waktu suara kalian amat diperlukan semasa angin fitnah dunia akhir zaman kini melanda umat Islam tanahair.
BalasPadamSaudara saudari..
BalasPadamBIBLE BERBAHASA MELAYU TELAH LAMA DIGUNAKAN
1. Sesi Gereja hari Ahad 10 pagi, menggunakan Bahsa Melayu untuk penganut berbangsa selain Kadazan Dusun, Cina dan India.
2. Kami di Sabah sering didatangi oleh volunteer kristian bagi maksud mempromosi kebaikan agama mereka. Bahasa Pengantar mereka Bahasa Melayu.
3. Jelas motif disini untuk penyebaran agama.
4. Pihak Kerajaan harus bertegas menghalang kemasukan naskah2 Bible sebelum terlambat.
5. Persetankan PAS dan umat Melayu yang tidak menyokong halangan ini.
6. Cabar ke mahkamah bahwa tindakan menyebar agama kristian kepada orang islam bercanggah dengan Perlembagaan..
7. Tonjolkan kehebatan Peguam2 Syarei dalam hal ini..
p/s: Najib, Bible berbahasa Melayu tidak ada kaitan dengan semangat 1Malaysia!!
SODOMI BUKAN KENA KENCING
BalasPadamMudahnya individu dari dunia ketiga di tipu hidup-hidup. Maksudnya begini. Banana sepatutnya diterjemahkan menjadi pisang tapi bayangkan kalau banana di terjemahkan sebagai durian! Banana=durian, TETAPI bukan pisang.
Yang peliknya McMat dari dunia ketiga ini telan bulat-bulat apabila McSally dari Barat terjemahkan banana menjadi durian.
Tak ada keberaniankah di pihak McMat tadi untuk menegur kesalahan terjemahan McSally itu?
Bayangkan kalau McMat ini pergi UK dan bertanya kepada penjual buah di situ:
McMat: "do you sell banana?".
Fruit seller (FS); "yes i do" sambil menuding jari pada buah pisang.
McMat: "no that is not banana."
FS: " what you meant this is not banana?"
McMat: "that is pisang, our banana got many thorns over the skin"
FS: "Oh! you mean durian?"
McMat: "yeah that fruit lar, but how come your banana look like pisang?"
FS: "Of course this is pisang (banana), who told you banana is durian?"
McMat: "My freezer, Nasha and Lim Kit Slam"
FS: "oh! those buggers hah?"
McMat: "How come you know them"
FS: "Of course i know them..coz i was a durian seller in Balik Pulau!"
McMat: "i kena kencing ke?"
FS: "kah! kah! kah! not only kena kecing, Bro but more than that you were liwatted"
kah-kah-kah