Biar betul Zaid? Apa maksud dia isu mengenai kitab Injil ni bukan soal isu agama? Dia kata ini hanya sekadar isu bahasa.
Presiden Parti KITA ni kata, setiap rakyat dalam Malaysia ini berhak ke atas Bahasa Melayu kerana ianya milik semua tanpa mengira fahaman agama.
Dia juga turut mendesak Kementerian Dalam Negeri agar tidak lagi menahan kitab tersebut yang dirampas sejak dari tahun 2009 seberapa segera.
Jesteru, katanya, Perdana Menteri mesti segera mengarahkan semua 35,000 kitab Injil yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kucing dibenarkan dibawa masuk.
Kata dia lagi, isu ini bukan hal baru kerana masyarakat Kristian di timur telah bertahun - tahun menggunakan kitab tersebut.
Kononnya, ia tidak pernah menjadi masalah di masa lalu dan tidak seharusnya menjadi satu masalah pada masa kini.
Kita terbalikkan apa yang ditulis oleh si Zaid Ibrahim ni dalam blognya. Dia kena ingat juga, Kritianiti berkembang dulu bermula dengan bahasa apa?
Itu soalan pertama. Bahasa apa yang mula - mula digunakan dalam kitab tersebut sejak awal ianya ditulis?
Kedua, kenapa ianya diterjemahkan dalam bahasa lain kemudiannya kalau bukan untuk mentarbiahkan masyarakat tempatan diNegara - Negara tertentu?
Tidakkah ianya menjadi satu dakyah untuk mengajak masyarakat tempatan agar lebih memahami serta memudahkan mubaligh Kristian itu berdakwah kepada masyarakat setempat?
Ketiga, selama ini kitab Injil yang ada di Malaysia ditulis dalam bahasa Inggeris. Apakah ketika itu agama Kristian tidak berkembang di Malaysia?
Kalau tak berkembang mana mungkin penganutnya ramai di Malaysia ni? Dan kalau berkembang, mana logiknya ianya diubah kepada bahasa Melayu?
Kenapa selama ini kitab tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris boleh diterima masyarakat, dan tidak ada masalah pun yang timbul. Kenapa sekarang beria - ia nak buat dalam bahasa Melayu?
Mungkin bagi Zaid perkara ini bukan satu masalah besar sebab impaknya belum dapat dilihat. Tapi sejarah dah banyak membuktikannya.
Tengok bagaimana tumbangnya Andalusia dulu jika bukan sebab Injil diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh Masyarakat setempat.
Di Indonesia pun begitu juga. Sebab dasar keterbukaan dalam pengamal agama menjadikan aqidah masyarakatnya bercampur aduk.
Jadi, jangan pelik la kalau ada yang beragama Islam makan babi dan minum arak di sana sebab mereka tidak merujuk kepada satu kitab sahaja.
Adakah kita nak perkara seumpama itu berlaku dalam Malaysia ni? Kalau komen datang dari kalangan orang yang diiktiraf ilmu agamanya, boleh jugak kita terima.
Ini Zaid Ibrahim. Kata - kata dia dalam PKR dulu pun orang dah tolak. Dia harap Perdana Menteri nak dengar pulak cakap dia? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.