Ni apa pulak ni? Mufti dengan mufti berperang mulut tetiba ni apasal? Angin tak de, ribut tak de. Tiba - tiba je diorang saling berbalas.
Semuanya punca dari video seks yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Pembangkang ni la. Memang bawk musibah betul.
Semalam, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin membidas suara mufti dalam isu ini. Kata Dr. MAZA, mufti yang ada dalam Malaysia ni wajar nyatakan pendirian masing - masing.
Beliau turut menjelaskan, apabila bercakap, jangan 'main selak kain'. Beliau tidak pula menafikan sama ada kewujudan video itu betul atau salah.
Sebaliknya, beliau tetap menekankan mengenai politik idea yang sepatutnya menjadi tumpuan untuk membela rakyat.
Kata beliau, ianya mengenai prinsip. Apa kesannya jika semua ahli politik yang ada hari ini, tanpa mengira mana - mana parti, asyik bercakap mengenai bagaimana nak melondehkan kain orang.
Dalam masa yang sama, kenyataan Dr. MAZA dibidas semula oleh Mufti Besar Perak, Tan Sri Harusani. Kata beliau, tidak semua mufti hanya duduk dan lihat sahaja.
Malah beliau sendiri sebelum ini sudah menyatakan pendiriannya terhadap perkara tersebut. Namun, malangnya pihak tertentu hanya melaporkan sebahagian sahaja daripada apa yang beliau nyatakan.
“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
Hah! Ini satu persoalan yang perlu dijawab. Tak de siapa yang dapat mengesahkan sama ada individu dalam video tersebut ialah Si Ketua Penipu itu.
Dalam laporan awal yang disiarkan oleh media sebelum ini pun tak de menyatakan siapa 'Pemimpin Kanan' Pakatan Pembangkang tu.
Siapa yang sebut ianya Anwar Ibrahim? Anwar sendiri!!! Hanya Anwar dan kroni - kroni dia yang sebut nama dia. Bukan pihak media.
Sejak dia buat pengakuan bahawa individu dalam video itu bukan dia, jadi semua orang kaitkan video itu dengan dia.
Anwarlah manusia yang bertanggungjawab mensensasikan video tersebut sebenarnya. Bukan orang lain. Dia kan gila publisiti, gila glamer.
Jadi tak pelik la kalau wujud pandangan dikalangan rakyat kata isu video ni sebenarnya salah satu agenda yang sengaja direka oleh Anwar sendiri. Maklum la, dia kan Ketua Penipu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.