Jumaat, Mac 11, 2011


Semut tertarik dengan artikel yang disiarkan oleh Minda Intelek Melayu yang bertajuk: Panas! Anwar Ibrahim Main Ayat Emosi Di Dalam Twitter!

Jadi, Semut belek - belek la laman twitter semalam dan menjumpai Tweet yang dimaksudkan oleh MIM dalam artikel tu.

Nampak sangat benda ni dia buat untuk mempertahankan diri dia diluar Mahkamah. Dalam Mahkamah pun dia menipu, di luar lagi la kuatnya dia nak pusing.

Kemudian dia suruh jugak orang yang bertanya ni rujuk dulu tulisan dalam blog dia sendiri. Bukan dari blog  perubatan. Antara lain yang dia tulis:

"Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut."

Adakah pihak Polis ada sample DNA dia selama ni? Sebab kalau nak ubah dan tambah bahan genetik individu lain pada sample yang diperolehi, kena ada la sample dari dia terlebih dahulu. 

Lepas tu dia kata la DNA yang diperolehi sebelum ni diambil atau dicuri oleh Supt Rodwan pada tahun 1998. Mana bukti dia cakap macam tu?

Kalau Polis dah ada sample DNA dia selama ni, buat apa susah - susah diorang nak angkut barang dari Lokap D9 tu? Buat je la ujian pada sample yang dia dakwa dicuri sebelum ini.

Yang rakyat nak tau sekarang, DNA dia sama atau tidak dengan DNA yang ditemui dan dikenal pasti sebagai Lelaki Y tu. Tapi dia tak nak mengalah jugak nampak gayanya.

Dia nak jugak salahkan sistem perundangan. Kata dia ada sistem qazaf, tapi didustakan. Nak didustakan macam mana dalam kes dia ni? Dia faham ke macam mana sistem qazaf tu boleh diguna pakai?

Qazaf memerlukan 4 orang saksi kejadian rogol atau liwat. Maknanya kalau tak de 4 orang saksi itu, maka tuduhan terhadap perogol atau peliwat boleh digugurkan.

Kalau macam tu senang la. Cari mana - mana awek kat tepi jalan sorang - sorang, rogol kat dalam belukar atau semak samun. Tapi tak boleh kena tahan, sebab tak de 4 orang saksi. Macam tu ke pemahaman dia?

Kalau macam tu, patut la kes pembuangan anak semakin banyak di Malaysia ni. Yang dituduh merogol dan meliwat senang - senang la boleh lepas kalau macam tu.

Nampak sangat la si Anwar Ibrahim ni sekadar nak menegakkan benang yang basah. Sampai benda yang dia tak paham pun, dia main tibai je. 

Menipu rakyat je la keje si Anwar Ibrahim ni. Sampai mati la dia tak dapat jadi Perdana Menteri kalau terus main pusing - pusing macam ni. Itu pun dia tak sedar lagi? Ceit!!! Pigidah!!!

1 ulasan:

  1. bro, qazaf tu perlukan 4 orang saksi bila mana orang yang tidak ada kaitan dengan kejadian tersebut membuat tuduhan.


    saiful yang membuat tuduhan adalah mangsa kejadian. oleh itu penggunaan qzaf langsung tak timbul di sini.

    ini penyokong anwar ibrahim bingai mudah ja anwar ibrahim kelentong.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping