...Sekadar Gambar Hiasan...
Mak ai! Hilang akal apa ke orang kat Malaysia ni? Kalau ye pun jadi pencuri, takkan la dengan rumah - rumah sekali dia sebat?
Kalau setakat curi barang dalam rumah macam Tv, Peti Sejuk, Radio, Barang Kemas dan sebagainya tu, boleh lagi la terima akal.
Tapi kat Kangar, Perli ni lain pulak ceritanya. Seorang suri rumah katanya terperanjat beruk bila mendapati rumah pusaka yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi, hilang.
Kehilangan rumah kayu setingkat yang berusia 60 tahun itu disedari oleh Zuria Ali, 30 tahun apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran.
Beliau yang bergegas pulang ke Perlis sangat terperanjat apabila melihat hanya tapak rumah dan 24 pelapik konkrit je yang tinggal.
Barang peninggalan ibu beliau yang meninggal dunia pada tahun 2004 seperti perabot, peti sejuk serta pinggan mangkuk turut hilang.
Penduduk berhampiran katanya ada melihat kerja - kerja merobohkan rumah tersebut pada Februari yang lalu.
tapi mereka tidak menggangunya kerana menyangka ianya dilakukan atas arahan daripada pemilik rumah tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan ada menerima laporan tersebut.
Pihaknya yang sedang menyiasat status rumah tersebut serta puncanya berkata kes sebegini jarang berlaku dan akan mencari mereka yang bertanggungjawab.
Ingatkan Si Ketua Penipu tu je perangai macam Musibat. Ada lagi teruk daripada dia rupanya. Macam - macam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.