Selasa, Mac 29, 2011


Agaknya, inilah kerja sampingan si Hero Berkemban ni ye. Ye la, sejak dia kena gantung dari menghadiri sidang parlimen selama 6 bulan ni.

Jadi banyak la masa dia yang terluang. Boleh la cari duit lebih sikit nak bertanding dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kalau Nurul Izzah jadi peminat kartun, Anwar jadi Pornstar, apa salahnya si Azmin ni jadi promoter filem seram ni? Sampai dalam sidang DUN pun dia promote cerita ni.

Hari ni, Azmin buat dakwaan bahawa pihaknya telah mengesan usaha UMNO-BN mengimport hantu dengan membawa masuk orang luar Selangor sebagai pemilih.

Kata dia, usaha tersebut juga termasuk membawa keluar pengundi - pengundi dari Selangor khususnya mereka yang dianggap penyokong Pakatan Pembangkang.

Usaha itu dikesan kononnya melalui satu sistem yang dibina oleh PKR yang turut mengesan pelbagai bentuk penipuan dan watak hantu yang menjadi penyokong setia UMNO dan SPR.

Mereka, katanya, akan meneliti setiap hantu - hantu yang dibawa masuk dan keluar dalam Negeri Selangor ini secara terperinci.

Dia yang mengikuti sesi perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu juga turut menyalahkan SPR.

Katanya, SPR hanya menjadi kuda tunggangan UMNO - BN semata - mata. Konon, amalan rasuah secara terang - teranga menjelang Pilihanraya Kecil dan Pilihanraya Negeri tidak mampu dikesan oleh SPR dan juga pihak SPRM.

Malah ucapan Perdana Menteri yang berbunyi "You Help Me, I Help You" sewaktu Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu dan DUN Merlimau juga dianggap sebagai rasuah politik.

Gila ke si Azmin ni? Habis semua benda dah jadi rasuah. Sampai bercakap pun kira rasuah Politik jugak. Kepala tengkorak dia!!!

Jadi dia yang selalu berucap dan menyampaikan ucapan dalam ceramah - ceramah masa Pilihanraya Kecil tu semua tak kira rasuah pulak ke?

Apa yang diucapkan oleh Pengerusi SPR sebelum ni dah cukup jelas. Tapi sayang, orang sebijak Azmin ni pun tak boleh faham maksudnya.

Pengerusi SPR kata dia bukan pakar kalau nak menilai ucapan PM itu sebagai satu bentuk rasuah. jadi kalau ada bukti, dia mintak pihak yang berkenaan serahkannya kepada SPRM.

Jadi, jangan la buat dakwaan membabi buta Azmin oi! Kalau ada bukti nak tuduh orang itu ini, buat la laporan kepada pihak SPRM.

Main cakap je, siapa nak percaya. Hantu pun tak percaya. Buat dakwaan, kena ada bukti brader. Ada bukti, buat la laporan. Bongok!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kenapa azmin takot sgt kepada hantu,kan rakyat semakin sokong pakatan rakyat jadi kenapa nak risau hantu.HANTU MAK LAMPIR ampang pun ada dlm pkr jugak la...Rasanya pkr rasa terancam bila sokongan rakyat selangor tidak berpihak kepada PR dan awal2 sudah cakap pasal hantu,bila menang tak pernah dengar dari puak2 meraka yang mereka menang kerana pengundi hantu tapi bila rasa tewas or memang tewas di ranjang hotel cakap BN menang kerana hantu...Suruh MAK LAMPIR Ampang seru hantu2 untuk pkr

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping