...Sampai Senget Mulut Nak Keluarkan Fatwa...
Ni cerita pasal si Bakal Mufti Perak yang baru ni. Dia dah boleh ganti tempat si Wali Terompah dah sebab rajin keluar fatwa baru untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ni.
Malam tadi, Bekas Menteri Besar Perak yang gila meroyan ni turun untuk berkempen di Kerdau bersama - sama Lim Guan Eng.
Awal petang dia dan Guan Eng dah kantoi mengencing penduduk di kawasan Pekan Kerdau. Dari cerah sampai gelap diorang tunggu mamat ni.
Alih - alih dia muncul kat Taman Desa Murni bersama dengan si Lim Guan Eng tu jugak. Cuma Semut tak sempat dengar 'amanat' dari Kalipah DAP Penang tu. Awal dah dia cabut.
Antara lain, si Nizar ni turut membuat dakwaan tanpa bukti yang kukuh mengenai tumbangnya Kerajaan Perak dari tangan Pakatan Pembangankang kepada Kerajaan BN.
Kata dia BN main kotor, rampas Perak main ikut belakang. Erk, setahu Semut, yang main ikut belakang ni 'Lelaki Y' je. BN pun ada main ikut belakang jugak ke? Mana buktinya Nizar woi???
Si Nizar tu jugak turut menyeru kepada semua hadirin yang entah berapa kerat je datang malam semalam supaya jangan keluar awal pada hari membuang undi nanti.
Dia pesan supaya menunaikan solat Subuh dan tunggu sampai masuk waktu Dhuha. Lepas solat Dhuha, dia mintak semua buat solat sunat Taubat.
Dia suruh pengundi minta maaf untuk diri sendiri dan kedua ibu bapa ke atas dosa - dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Kata dia berdosa besar pengundi dan ibu bapa mereka sebab telah mengundi Barisan Nasional sebelum ini kononnya.
Ceh!!! Cadangan awal tu dah bagus dah. Tapi ayat 'last' dia tu yang tak boleh terima. Mana dalil sah kata haram dan berdosa besar undi BN?
Sedap mulut dia je buat fatwa baru. Semua buat ajaran sendiri ke tanpa merujuk kepada mana - mana kitab hadis, sunnah dan juzuk dalam Al - Qur'an?
Kalau pasal benda lain, pandai pulak dia bagi dalil, hadis dan sebagainya. Yang ini kenapa tak de satu pun yang dikeluarkan? Cakap je pandai. Menipu orang nombor satu. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.