Misteri kehilangan pemimpin besar Pakatan Pembangkang Negeri Pahang masih lagi belum selesai. Malah puak - puak PAS sendiri pun masih bertelagah sesama sendiri kerana kehilangan mereka.
Tapi masa Semut merayap - rayap sekitar kawasan Pekan Kerdau semalam, Semut berjaya berjumpa denga seorang lagi Pemimpin Besar Negeri Darul Makmur ini. Lain yang dicari, lain pulak yang Semut jumpa.
Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob semalam sempat menjenguk penduduk kawasan sekitar bagi sesi ramah mesra bersama penduduk tempatan.
Beliau diiringi oleh calon, Ustaz Syed Ibra dan Dato Maznah Mazlan meluangkan masa berjumpa dan bersembang bersama warga Kerdau.
Dalam kesempitan waktu beliau sebagai Menteri Besar Pahang masih sempat juga melawat warga tua, kanak - kanak dan masyarakat tempatan.
Beliau juga sempat menjenguk kebun seorang penduduk tempatan yang mengambil inisiatif sendiri untuk memajukan kawasan tanah terbiar yang berada disebelah kawasan rumahnya.
Inilah masa yang sesuai untuk beliau turun mendekati rakyat dan memahami permasalahan mereka. Setiap permasalahan mereka dicatat untuk rujukan beliau kemudian.
Dan Semut yakin, aktiviti ini sering dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Bentong ini terhadap seluruh rakyat Negeri Pahang. Bukan hanya sekadar ketika Pilihanraya sahaja.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.