Apa la nak jadi dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Tak habis - habis nak buat hal yang tak tentu pasal.
Hari tu diorang dah kantoi suka pakai barang terbuang. Tak nak membazir la kononnya. Kali ni dia buat hal lagi. Hal yang sama pulak tu.
Masa kat Galas, Tenang dan terbaru di Merlimau, dah terbukti diorang suka pakai orang luar untuk dijadikan calon mereka dalam Pilihanraya Kecil tersebut.
Di Kerdau pun serupa jugak rupanya. Calon diorang si Hasanuddin tu pun pengundi luar dari kawasan DUN Kerdau ni jugak.
Memang la dia anak tempatan. Tapi rumah mak dan ayah dia je yang ada kat kawasan Kampung Peragap ini katanya.
Dia mengundi di kawasan luar. Apa guna mengundi dikawasan luar. Tapi konon nak membela rakyat dikawasan Kerdau? Ni apa cerita ni?
PAS ni jelas bukan sahaja ketandusan isu, malah diorang jugak ketandusan generasi pelapis dari kalangan penduduk tempatan.
Kenapa diorang suka sangat ambik pemain 'import' ni ye? Apa, orang tempatan ni dah tak berguna sangat ke bagi mereka?
Lagi diorang nak kata yang diorang ni memperjuangkan orang tempatan. Mengundi pun tempat orang, apa cerita? Menipu belaka. Ceit!!! Pigidah!!!
Salam~
BalasPadamApe kata saudara semuthitam buat ulasan mengenai kenyataan Tun Mahathir tentang Tengku Zafrul dalam Utusan Malaysia Online pada 27 Feb baru-baru ini.
Petikan dari Utusan;
"Orang Melayu keliru dan tidak tahu hendak pergi ke mana. Kerajaan tolong pun mereka masih keliru.
"Ada negara yang kerajaannya langsung tidak tolong rakyat. Kerajaan kita wujudkan peluang kerja sampai ada banyak pekerjaan tetapi orang tidak mahu kerja," katanya.
Pada sidang akhbar sama, Dr. Mahathir berkata, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu meletak jawatan kerana mempertikai pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.
"Saya tidak fikir dia perlu letak jawatan. Itu dia punya pendapat, kita tidak perlu dengar," katanya