...Hari Tu Masa Jumpa, Kenapa Dia Tak Tanya???...
Tuan Ibrahim Tuan Man sekarang ni buat Pilihanraya Kecil DUN Kerdau ni macam Sidang Dewan Undangan Negeri pulak dah jadinya.
Dia mintak Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob menjelaskan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu disalurkan.
Naib Presiden PAS tu mempersoalkan perkara tersebut kerana melihat kegagalan pembangunan kawasan Negeri termasuk Kerdau yang masih ketinggalan kononnya.
Masa dia jadi ADUN dulu, Jengka tu membangun sangat ke? Berapa banyak pembangunan yang dia bawak ke kawasan tersebut?
Jelas perkara tersebut hanya menjadi alasan supaya rakyat menolak kepimpinan Ulama sebab calon Barisan Nasional kali ini ialah seorang bekas pelajar lulusan Universiti Al - Azhar.
Jadi dia buat la ugutan, kata kalau rakyat masih memilih BN, maka mereka akan terus hidup dalam kemunduran seperti sekarang kononnya.
Itu yang pelik dengan perangai Pesuruhjaya PAS Pahang ni. Orang buat jalan, dia marah. Orang bina dewan, dia marah. Tapi dia sibuk cakap pasal pembangunan.
Yang Kerajaan bina jalan, bina dewan dan sebagainya tu bukan pembangunan ke? Malah rakyat di Kerdau sendiri pun kata mereka tak memerlukan sangat pembangunan ni.
Yang penting bagi mereka ialah pembangunan siasah diri dan pendekatan agama. Itu jugak yang diperjuangkan oleh PAS. Takkan Tuan Ibrahim ni nak melacurkan perjuangan tu kot?
Buat malu Nik Aziz je. Di Kelantan pun keadaan tak jugak membangun. Tak nak pulak dia pertikaikan mengenai perkara tersebut. Tak nak pulak dia tanya Nik Aziz dan mintak dia jelaskan.
Semakin banyak Tuan Ibrahim mempertikaikan mengenai Kerajaan Negeri Pahang, semakin besar aibnya Nik Aziz sebab tempiasnya turut terkena pada Mursyidul Am PAS tu jugak.
Kalau bagi jawapan pun, dia bukan boleh terima. Dah memang jenis puak - puak ni tak boleh terima kenyataan. Lagi pun ini bukan Dewan Undangan Negeri. Mungkin sebab tu jugak la dia suka sangat tanya soalan bodoh!!!
kenape die bising2 psl pembangunan?bukan ke bob lokman ckp x payah pembangunan. kantoi org2 pas nih ckp x serupa bikin...hahaha
BalasPadam