Betul la puak - puak Parti Angguk Saja ni memang jenis yang tak boleh terima hakikat. Bila dah kalah, diorang nak salah kan sistem pulak.
Dah jelas rakyat tak dapat terima agenda mereka sebab rakyat sedar agenda mereka hanya untuk kepentingan individu tertentu. Termasuk la Nik Aziz ni.
Jadi untuk apa lagi dia nak kata UMNO/BN membelakangkan demokrasi? Siapa pulak yang membelakangkan demokrasi ni?
Nik Aziz kononnya nak mengingatkan pemimpin UMNO dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila - bila masa.
Dia bagi contoh bagaimana seorang penyokong UMNO telah menyertai PAS tiba - tiba mengishtiharkan diri masuk semula UMNO.
Bukan ke tu hak masing - masing? Hak individu? Dia nak tuduh sapa pulak yang bagi tekanan terhadap pada individu yang dimaksudkan tu?
Kalau dah individu tu sedar bahawa perjuangan PAS hanya indah khabar dari rupa, adakah beliau tidak berhak untuk keluar semula dan kembali pada UMNO?
Membenarkan individu memilih apa yang dia rasa betul dan benar, bukan demokrasi ke maknanya? Apa takrif demokrasi bagi Nik Aziz ni sebenarnya?
Menteri Besar Kelantan itu juga turut membuat dakwaan bahawa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat bila tiba waktu Pilihanraya sahaja.
La. Bukan ke Tuan Ibrahim Tuan Man jugak yang suruh rakyat tolak calon yang ada kelulusan Agama dan memilih calon Profesional sebelum ni?
Kenapa Tuan Ibrahim suruh rakyat buat macam tu? Sebab kata dia demi untuk pembangunan di Kerdau kononnya.
Yang tu tak nak pulak Nik Aziz salahkan Tuan Ibrahim sebab suruh rakyat memilih pembangunan daripada calon Agama?
Di Kelantan tu banyak sangat ke pembangunannya? Kata duit Kerajaan Negeri banyak. Tapi tandas Masjid pun tak mampu nak jaga, apa cerita?
Dah akur dengan kekalahan, sudah la. Jangan pertikaikan hak rakyat pulak. Jangan nak salahkan sistem demokrasi itu dan ini. Jangan nak kaitkan perkara itu dan ini.
Sedar diri. Bermuhasabah. Kaji kesilapan diri sendiri terlebih dahulu. Mana yang kurang diperbetulkan. Jangan asyik nak menyalahkan orang lain!!!
kalau layan liabiliti PAS yang dah nyanyuk ni kita pun jadi gila ikot rentak ala2 dangdut gitu.Terima la kekalahan serta penolakan rakyat terhadap PAS mungkin disebabkan terlalu bsetongkol dengan DAP serta menurut perintah,cth isu arak di selangor,wakil rakyat mereka sendiri pun berbelah bahagi nak cakap,kata parti perjuang islam tapi isu arak di negeri mereka perintah bersama pun tidak boleh diselesaikan.
BalasPadamPembangunan itu penting untuk menjamin kesejahteraan serta kemakmuran rakyat hidup selesa.Di Kelantan pembangunan pun wujud contohnya rumah pelacuran, tu pun pembangunan jugak dari pentadbiran PAS.Kata kerajaan sogok ngan gula2 pembangunan serta apa2 yang menarik hati pengundi tapi masih KAU igt nik aziz di penang,Anuwar berjanji bagi jawatan kepada Calon pas sekiranya menang jadi lepas tu pakatan menang sebab dijanjikan jawatan kepada calon same la jugak tu gula2 untuk mereka