Apa la yang si Khalid Ibrahim ni nak gila sangat pasal cerita air dia ni? Nampak sangat dia tak ikhlas bila bagi sumbangan air percuma kepada rakyat tu sebenarnya.
Kalau dia Ikhlas, tak kan dia pergi jaja merata - rata pasal bantuan yang diberikannya? Kalau ikhlas, dia patut buat je. Tak payah la nak bangga dan riak dengan apa yang dia buat.
Ni dia datang tempat orang, suka - suka dia je nak tabur fitnah. Masih lagi nak jaja cerita tipu kepada rakyat di kawasan Kerdau ni.
Dia bercerita dengan BANGGA pasal pemberian air secara percuma kepada rakyat di Negeri Selangor.
Kata dia, inilah yang telah DIA buat sendiri. DIA yang memberikan idea tersebut. Konon DIA nak mengaku yang DIA ni jaguh la kepada rakyat.
Nampak sangat dia tak buat sebarang kajian sebelum dia nak datang ke Negeri Pahang ni. Dia main bom je kata Kerajaan Negeri Pahang tak bagi bantuan air untuk rakyat.
Ni bukti. Tengok sendiri bil ni. Jangan nak main cakap ikut sedap mulut je. Lain kali kaji dulu supaya tak malu muka tu.
Kalau pasal hutang berjuta - juta dia tahu pulak nak kaji. Tapi pasal bantuan kepada rakyat yang dibuat oleh Kerajaan BN, dia tak nak pulak tengok.
Cakap je pandai dia ni. Itu pun tergagap - gagap. Semua benda dia nak pusing. Padahal semua benda dia tiru orang. Nampak sangat la menipunya dia ni. Itu pun boleh jadi Menteri Besar? Jadi badut boleh la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.