Laporan terkini. Jumlah keluar mengundi sudah mencapai lebih daripada 75%. Bermakna hampir 6800 orang pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
Cuaca panas nampak gayanya tidak menghalangkan mereka untuk melaksanakan tugas masing - masing.
Abang - abang FRU ni pun masih tetap menjalankan tugas mereka untuk memastikan keselamatan pengundi.
Keadaan di SMK Kuala Kerdau masih hangat tatkala kedua - dua pihak BN dan PAS masih tidak berganjak dari tempat masing - masing.
Keadaan ini juga telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas sebab puak - puak PAS bawak 'pengundi hantu' dengan bas.
Di Teluk Sentang, keadaan kelihatan tenang. Petugas masih setia menanti di pintu masuk peti undi.
Tapi petugas dari Barisan Nasional yang paling ramai di kawasan tersebut.
Bagi puak - puak PAS pulak, khemah ni pun nampak gayanya dah semakin kosong.
Di Felda Jengka 23 pun macam tu jugak. Ada dua tiga kerat ni je yang masih setia main panas sambil kibarkan bendera.
Keadaan di Jengka 22 yang dilaporkan sebelum ini agak hangat sudah kembali tenang.
Mana tak tenangnya. Dah tinggal ramai ini je yang masih setia bertugas. Yang lain ke mana?
Hah! Ini gambar bonus. Entah sapa la pemilik kereta ni. Kata diorang PAS miskin. Kata diorang PAS zuhud. Ini ke zuhud yang dimaksudkan?
Pintu peti undi akan ditutup pada jam 5 petang nanti. Diharapkan kepada sesiapa yang masih belum keluar mengundi agar dapat keluar segera.
Keputusan akan mula dikira sekitar jam 5.30 manakala pengumuman akan dibuat seawal jam 8 malam nanti. Nantikan keputusan hanya di http://semuthitam80.blogspot.com/.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.