Jumaat, Mac 25, 2011


Ingatkan dah habis dah insiden orang main baling - baling kerusi ni. Rupanya ada lagi yang masih tak puas hati.

Gila betul puak - puak pembangkang yang bangang ni dengan kerusinya te? Setahu Semut, main rebut - rebut kerusi ni biasa diadakan masa ada sukaneka je.

Tapi dalam Pakatan Pembangkang, permainan ni merupakan kegemaran diorang. Cuma diorang berebut sesama diorang je la. Lagi nak kata ikatan diorang ikhlas kononnya.

Dengar kata harapan mereka nak bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak nanti kian kelam dan semakin berkecai.

Katanya, perbincangan yang diadakan diantara DAP dan PKR mengenai pembahagian kerusi tersebut telah menemui kegagalan.

Setiausaha Agung DAP Sarawak kata diorang nak bertanding di 18 daripada 71 kerusi yang ada di Negeri tersebut.

Tapi dalam perbincangan sebelum ini, katanya PKR tak bagi. PKR tetap menegaskan agar DAP hanya dibenarkan bertanding bagi 13 kerusi sahaja.
"Kami tidak dapat menyetujui permintaan PKR bagi tiga lagi kerusi meskipun kami menyerahkan dua daripadanya kepada mereka. Ini berita buruk. Perkara ini tidak bagus," kata Chong
Apa yang tak bagus pulak? Bagus la tu. Rebut je la. Nak takut apa dengan PKR. DAP kan ramai pengikut. Yang diorang beria sangat nak dengar cakap PKR tu apasal?

Bayangkan. DAP dah lama bertapak di Sarawak sedangkan PKR baru setahun jagung. Tapi dah besar kepala sampaikan DAP nak bertanding pun kena mintak kebenaran dari diorang pulak.

Tak malu ke DAP ni? Apa diorang tak de maruah ke? Umpama seorang anak yang masih merangkak, dah pandai bagi arahan itu ini pada bapak dia.

Dalam erti kata lainnya, sekarang ni PKR buat DAP tu macam kuli dan hamba dia pulak. Kena ikut apa saja arahan diorang. Kalau A, semua kena ikut kata A. Kalau B, semua kata B.

Inilah masalahnya bila orang tak sedar diri, tapi gilakan kuasa. Belum memerintah lagi dah berebut - rebutkan kerusi. 

Dah memerintah esok, entah apa pulak yang nak direbutkan dek diorang ni ye? Semua fikirkan diri sendiri dulu, bukan nak fikirkan pasal kepentingan rakyat. Kerja diorang, hari - hari menipu rakyat. Bukan ada kerja lain sangat.

Macam ni ke bakal kepimpinan yang hendak dipilih oleh rakyat Sarawak? Nak ke rakyat Sarawak pilih parti yang belum apa - apa lagi dah berebut - rebut kuasa macam ni? 

Jadi, buat rakyat Sarawak, buat lah pilihan yang bijak. Jangan sampai diri sendiri teraniaya nanti sudah la. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian DNA jadi tuntutan!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping