Kadang - kadang, pelik juga dengan sikap puak - puak pembangkang ni. Mudah sangat diorang ni berubah - ubah pendirian.
Dulu, diorang jugak yang beria - ia tolak penggunaan dakwat oleh pihak SPR. Diorang jugak yang kata, dakwat tu tak sah kalau ambik wudhuk dan sebagainya.
Sekarang ni, diorang pulak yang beria - ia pertikai kenapa penggunaan dakwat tu dihentikan. Tak ke pelik tu?
Kata Nazri Aziz, SPR sedang berusaha mencari kaedah baru yang lebih moden dan boleh diterima oleh semua semua pihak.
Ianya berikutan keputusan SPR yang tidak bercadang menimbang semula penggunaan dakwat kekal kerana dianggap tidak lagi sesuai untuk digunakan.
Namun, jawapan Nazri itu mendapat tentangan dari wakil PAS - KotaRaja, Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyifatkan ianya masalah peraturan yang boleh diselesaikan sebelum hari mengundi.
Kononnya, kata Siti Mariah, alasan mengenai perlembagaan itu kurang tepat dan masih mempunyai masa yang cukup untuk meminda peraturan dalam pilihanraya itu sendiri.
Siti Mariah juga turut menyalahkan pihak SPR dan juga Kabinet kerana tidak ada 'Political Will' ke arah itu. Yang ada cuma jawapan dari SPR bahawa ini adalah keputusan kabinet semata - mata.
Ah, pulak! Hari tu puak - puak PAS juga yang beria tolak penggunaan dakwat ni. Sekarang nak tuduh kabinet pulak?
Nampak sangat la Dr. Siti Mariah ni pun jenis Melayu mudah lupa jugak rupanya. Mudah sangat dia lupa bantahan dari PAS sendiri yang menolak penggunaan dakwat tu dulu.
Memang betul la kata orang yang PAS ni pun dah jadi parti sesumpah. Mudah sangat berubah pendirian. Tak pelik la kalau dasar perjuangan yang mereka pegang selama ini pun boleh beralih arah. Simbah dengan dakwat tu kang baru tau!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.