...Keriangan Pelajar - Pelajar SMK Tun Fatimah Johor...
Rasanya masih belum terlewat buat Semut mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada 9,239 calon SPM yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.
...Pengetua Bersama Pelajar SM Sains Tuanku Munawir...
Dengar kata, keputusan SPM bagi tahun ini adalah yang terbaik dalam jangka masa 4 tahun yang lalu.
...P.Kugnethran Yang Mendapat 12A+...
Kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, seramai 363 orang calon berjaya mendapat A bagi semua mata pelajaran yang duduki mereka.
Tak lupa jugak Semut nak ucapkan tahniah kepada pelajar berbangsa Cina yang mengambil mata pelajaran Tasawuf dan berjaya memperolehi keputusan A dalam subjek tersebut.
Ini semua membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam bidang pendidikan buat rakyat dan anaka - anaka bangasa Negara agar mereka mempunyai pendidikan yang tinggi.
Kalau la Kerajaan ni zalim seperti yang selalu diperkatakan oleh pihak pembangkang sebelum ini, rasanya keputusan SPM ni tak naik bagi tahun ni.
Buat apa mengabiskan masa bagi pendidikan kepada rakyat ye tak? Baik diabaikan terus dan semua duit untuk membiayai sekolah serta institusi pendidikan dalam Negara terus dimasukkan dalam kocek pemimpin.
Demikian persepsi negatif yang selalu dijaja oleh pemimpin - pemimpin pembangkang yang kerja mereka hanya menampakkan keburukan Kerajaan semata - mata.
Benda baik macam ni, kenapa mereka tak nak kaitkan sama? Jangan kata nak puji. Sekelumit ucapan terima kasih pun tak mampu nak diucapkan dari mulut mereka.
Kalau ucap terima kasih agaknya, mau terkeluar emas agaknya. Tak pun rugi masa diorang nak luahkan ucapan tersebut. Baik diorang menipu je, lagi bagus.
Tapi, masih belum terlewat untuk mereka sedar akan kebodohan diri mereka sendiri. Yang penting, mereka tahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
Namun itu lah perkara yang paling sukar untuk dilakukan. Maklumlah, hati dah hitam. Rendam dalam klorox sampai reput pun, belum tentu bersih lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.