Bermula dari pagi ini, Semut buat satu 'Poll' untuk mendapatkan pandangan rakyat terhadap isu DNA mengenai kewajarannya.
Suka diingatkan kepada semua bahawa Poll ini bukan untuk menganggu perjalanan kes yang sedang berlansung di Mahkamah.
Ianya hanya untuk melihat sejauh mana rakyat mahukan kebenaran itu ditegakkan. Kerana hanya dengan menyerahkan DNA secara sukarela itu sahaja dapat melenyapkan persepsi rakyat terhadap Si Ketua Penipu itu.
Kalau dia berani kerana benar, usah banyak berdalih. Usah banyak sangat nak main wayang sampai terpusing sana, terpusing sini.
Sebab dia banyak ber'Poo...singh' tu yang rakyat semakin hari semakin membencikan dia. Bukan salah orang lain. Bukan salah BN pun. Tapi salah diri dia sendiri sebenarnya.
Poll ini jugak untuk membangkitkan kesedaran kepada kita bahawa yang Haq itu perlu ditegakkan dan yang Batil itu tetap ditentang.
Fikir dulu sebelum menekan mana - mana butang dalam Poll ini. Semut harapkan agar semua pengunjung membuat pilihan bijak. Bukan berdasarkan sentimen kepartian semata - mata.
Seminggu Semut berikan masa buat rakyat dan pembaca blog ini untuk membuat undian masing - masing. SELAMAT MENGUNDI. :)
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.