Isnin, Mac 14, 2011



Hahaha!!! Dah tak de idea nampak gayanya puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Dah tak dapat nak 'cover' DNA bos, diorang nak buat 'road show' pulak untuk sebarkan fitnah.

PKR dengar kata nak menggerakkan jenteranya diseluruh Negara dengan membangkitkan semula isu kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Konon gerakan itu nak diadakan atas dakwaan kematian model tersebut turut mempunyai kaitan dengan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Program penyebaran fitnah itu dirancang sebagai tindak balas kepada demonstrasi besar - besaran yang diadakan semalam bagi mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa.

Sebaran fitnah itu dinamakan dengan gelaran DNA sebagai singkatan kepada Datuk Najib Altantuya turut melibatkan sesi ceramah dan penyebaran risalah.

Nampak sangat puak - puak pembangkang ni dah kena 'Check Mate'. Terdesak sangat sampai terpaksa menyebarkan 'Fitnah Jahat' seperti ini.

Perkataan 'Fitnah Jahat' tu bukan Semut saja sebut. Ianya jelas dinyatakan sendiri oleh Anwar ketika mengulas mengenai laporan Wikileaks dulu.

Kata dia, dakwaan dalam Wikileaks itu satu 'Fitnah Jahat' apabila melibatkan dia dengan kegiatan homoseksual atau hubungan seks luar tabiee. Klik Sini untuk ulang tayang.

Apa bezanya kes Anwar dengan PM? Bezanya, Datuk Seri Najib berani mengangkat sumpah dengan menyatakan beliau tidak kenal dengan wanita tersebut.


Anwar pulak? Kenapa dia tak nak angkat sumpah? Kalau betul dia tak melakukan perbuatan terkutuk tu, kenapa dia masih bagi seribu satu alasan untuk menyerahkan sampel DNAnya untuk diuji dan dibuat perbandingan?

Secara tak lansung, gerakan penyebaran Fitnah ini juga bukan nak memenangkan keadaan dikalangan puak pembangkang sebenarnya. Tambah api lagi ada.

Ia jelas membuktikan bahawa Ketua Penipu itu memang bersalah. Kalau tidak kenapa beria - ia diorang nak buat 'road-show' ni? Bagi je DNA dia kepada mahkamah, habis cerita. Lagi nak pusing - pusing cerita. Ingat rakyat ni bodoh sangat macam diorang agaknya. Ceit!!! Pigidah!!!

Ps: Agak - agak, bila la si Anwar tu nak buktikan dia tak bersalah dengan memberikan sampel DNA dia untuk diuji ye?

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping