Rabu, Mac 09, 2011


Apa la Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ni buat? Benda mudah macam tu pun dia mudah lupa ke? Ke dia yang tak tau? Atau Malaysiakini yang salah lapor?

Hari ini dalam sidang Dewan Rakyat, Nazri Aziz menjawab soalan daripada Loke Siew Fook (DAP-Rasah) mengenai kos perbelanjaan FLOM.

Loke ingin tahu fungsi unit FLOM, jumlah kakitangan dan peruntukan kos operasi bagi unit tersebut untuk tahun 2011.


Jadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu menafikan kewujudan unit tersebut yang didakwa berada dibawah Jabatan Pedana Menteri.

Nazri juga menjawab soalan Loke mengenai kewujudan nama serta jawatan pegawai yang ditugaskan membantu Datin Seri Rosmah Mansor dalam laman web JPM.

Kata beliau pegawai itu merupakan kakitangan asal JPM yang ditugaskan membantu Datin Seri dalam menjalankan tugas selaku isteri kepada Perdana Menteri.

Ia termasuk memudahkan kerja pentadbiran dan surat menyurat bagi mengelola jemputan rasmi serta jadual harian yang diterima dari luar dan dalam negara.


Nazri juga menyebut kos keseluruhan bagi lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung oleh kerajaan berjumlah RM 134,317.76.

Cuma mungkin Nazri tu lupa nak maklumkan bahawa kos tersebut bukan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia tetapi oleh Negara yang menjemput Datin Seri Rosmah sebelum ini.

Ianya dijelaskan dalam Nota Pemakluman Mengenai Lawatan Kerja Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini.


Nota sebanyak 10 muka surat itu memaklumkan bahawa segala kos penginapan, makanan dan keselamatan serta lain - lain ditanggung oleh Kerajaan Negara Arab Saudi, Oman dan Bangladesh.

Semut bukan suka sangat pada Datin Seri Rosmah dan Nazri Aziz ni. Tapi bila ada pencacai dari kalangan puak Pembangkang mempertikaikan perkara ini dengan unsur - unsur fitnah serta menipu, yang tu kena diperbetulkan.

Jangan main serkap jarang je. Kaji dulu la sebelum nak tulis atau nak cakap. Laporan kena betul brader. Jangan main sebat tak tentu arah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. specis dah jadi mcm kerbau kena cucuk hidung..apa org kata taik dia sebagai menteri semua cina tahu...nak tak nak layang jer la..barua cina pun nama dia..kalau tak naper la permit teksi cina byk dpt berbanding melayu dgn india

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping