Petang semalam, Semut sesat dekat satu program anjuran DAP di Pekan Kerdau. Tempatnya atas bukit dalam hutan banar. Katanya si Nizar dan si Guan Eng nak datang pukul 7 malam.
Ramai orang yang datang ke Jamuan Makan tu. Ye la, makan free. Sapa yang tak nak datang ye tak. Sampaikan Melayu pun ada jugak yang datang.
Dalam jamuan makan tu, arak diedarkan secara 'free flow' dan dihantar oleh pelayan - pelayan ni. Maka ke hulu ke hilir la minah ni mengantar arak.
Elemen PAS jugak turut dapat diperhatikan di jamuan anjuran DAP ni. Tapi entah apa tujuan duit dalam tabung derma ni tak tau la. Tak sempat pulak Semut nak tanya.
Tapi jangan ingat arak yang diedarkan tu semuanya free belaka. Dia nama je 'free flow'. Bayar tetap kena bayar. Sempat lagi diorang berniaga dalam jamuan ni ye?
Sapa nak pergi jamuan ni kena ada tiket. Pada tiket tu turut ditulis nombor meja dan juga peta tunjuk arah. Maklum la, program dalam hutan. Kalau tak de peta, mau sesat barat orang yang nak makan free tu nanti.
Tunggu punya tunggu. Nizar dan Guan Eng tak jugak muncul. Jam pun dah tunjuk pukul 8.30 malam. Punya lama tunggu sampai mamat cina dah naik meroyan. Semua sebab si Nizar dan Guan Eng punya pasal.
Jadi untuk tidak mengecewakan orang yang datang, si Nizar hantar klon dia ni untuk menyedapkan hati penduduk setempat.
Tu la sebab dia kena pecat dari jadi Menteri Besar. Janji tak pernah nak ditepati. Lagi dia nak kata orang itu ini. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.