Sapa pernah dengar cerita Lebai Malang yang teringin sangat nak makan free? Dia mudik ke hulu kenduri dah habis, dayung ke hilir, orang dah balik. Last sekali Lebai Malang balik rumah kelaparan.
Itu la diantara cerita dogeng jenaka yang mempunyai tauladan buat anak - anak kecil. Tapi bagi puak - puak PAS ni, diorang sendiri tak faham signifikan cerita tu.
Diorang beria - ia sangat nak kan undi daripada peneroka Felda yang didakwa sebagai kubu kuat Barisan Nasional dan UMNO.
Sebab apa? Sebab disitu ramai golongan Melayu Islam. Konon kata mereka nak memperjuangkan Melayu kononnya. Tapi kenapa baru sekarang nak perjuangkan? Kenapa dulu - dulu mereka biarkan peneroka ini dipinggirkan?
Jadi untuk mencapai usaha tersebut, mereka buat macam - macam benda. Termasuk la menghasut peneroka agar membenci Kerajaan.
Malah Pertubuhan ANAK yang haram pun mereka buat supaya kononnya membawa suara anak peneroka Felda yang ditindas.
Padahal tujuan utamanya ialah untuk mendidik anak - anak peneroka ni jadi pemalas macam pemimpinnya si Mazlan Aliman tu.
Kita lihat sahaja bagaimana usaha mereka banyak tertumpu di kawasan Felda ketika PRK Tenang dan Kerdau. Dua kawasan ini mempunyai kawasan Felda.
Mereka serang habis - habisan. Tumpuan mereka hanya diberikan kepada masyarakat Felda. Hampir semua ceramah pemimpin besar mereka dibuat dalam Felda.
Sebab apa? Sebab Felda mempunyai penduduk tertumpu. Tak pecah - pecah macam di kawasan kampung tradisional. Jadi pendengar ceramah mereka akan jadi lebih ramai.
Mudah nak pusing cerita. Kata peneroka ramai menghadiri ceramah diorang dan mereka dapat sambutan hangat la kononnya.
Mereka lupa bahawa Melayu Felda tidak mudah lupa jasa orang. Hakikatnya, Kerajaan Pusat serta Felda sendiri tidak pernah mengabaikan peneroka ini.
Sebab itulah Datuk Seri Najib bagi 105 kelebihan serta kemudahan buat masyarakat Felda bagi mengenang jasa mereka kembali.
Tapi sebab tamak tak ingat dunia puak - puak PAS serta Pakatan Pembangkang lupa kepada golongan pengundi Muda.
Pertambahan dalam undian yang diperolehi di Kerdau membuktikannya. Ianya sedikit pun tak disentuh oleh mereka dalam mengulas mengenai keputusan yang diperolehi kelmarin.
Yang diorang pertikaikan ialah Kempen BN jijik kononnya. BN tabur pembangunan tak tentu arah. BN tak amalkan dasar demokrasi.
Semua alasan yang merujuk kepada keburukan orang lain. Kesilapan dan kegagalan diri sendiri dibiarkan. Dia buat - buat buta je.
Bila orang tak mengundi dia, dia kata orang Felda buta. Nak undi orang tapi kutuk orang tu dalam masa yang sama? Mana dia belajar semua ni?
Tu la akibatnya kalau tamak sangat. Nak menang free sangat sampai benda lain semua diabaikan. Prinsip dan dasar perjuangan pun dia tolak ke tepi.
Menipu jadi ibadah buat mereka. Itu yang dikatakan perjuangan Islam Tulen? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.