Semut ingatkan zaman Jepun dan komunis dulu je ada yang sanggup jadi tali barut. Rupanya zaman yang serba canggih ni pun macam tu jugak ye?
Semalam dilaporkan ada seorang Pegawai Pilihanraya PKR bertindak keluar dari parti tersebut selepas dia meletakkan jawatannya.
Zuhari Che Mat katanya telah meletakkan jawatan tersebut serta-merta kerana tidak puas hati dengan parti dan mendakwa PKR lebih suka jadi 'talibarut' kepada PAS.
Surat perletakkan jawatannya sudah dihantar kepada Pengarah Jentera Pilihanraya PKR Kelantan semalam.
Kata Zuhari, sepanjang dia menjadi ahli sejak dua tahun yang lalu, PKR hanya menjadi Pak Turut kepada PAS dengan mengenepikan prinsip perjuangannya.
PKR sendiri tidak mempunyai perjuangan yang jelas untuk membela nasib bangsa dan pucuk pimpinan tertinggi pula tidak mempunyai fikiran terbuka serta GAGAL menyelesaikan setiap masalah yang timbul.
La! Kalau di peringkat nasional, PAS ni yang selalu jadi Pak Angguk Saja. Rupanya diorang pun pandai main belakang jugak.
Depan Anwar, semua Angguk - Angguk je. Belakang Anwar, bukan main lagi. Diorang la kepala alam sebenar.
Dah jadi macam komunis pulak dah PAS ni rupanya ye. Siap ada tali barut bagai. Tapi memang patut pun. Nak harapkan PKR buat kerja sendiri, mintak maaf je la.
Perjuangan untuk parti sendiri pun terumbang ambing. Macam kata Zuhari tu la. Nak selesaikan masalah yang remeh temeh pun diorang GAGAL.
Ini pulak nak selesaikan masalah rakyat dan mempunyai agenda perjuangan bangsa. Itu pun masih jugak diorang berangan - angan nak mentadbir Negara dan merampas Putrajaya? Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.