Jumaat, Mac 04, 2011


Malam semalam masuk hari keenam dalam sesi berkempen di Pilihanraya Kecil di DUN Kerdau. Keadaan semakin hangat tatkala menjelang hari - hari terakhir ni.

Keadaan yang tenang sebelum ini dengan ketandusan idea dan isu untuk dimainkan oleh pihak pembangkang telah dihangatkan kembali malam tadi.

Lalu lintas menuju ke kawasan Felcra Rumpun Makmur mula sesak dengan kehadiran ribuan umat manusia. Mereka hadir untuk mendengar dua ceramah dikawasan tersebut.

Satu ceramah daripada Ummi Hafilda mengenai keperibadian Si Al - Juburi yang berangan - angan nak jadi Perdana Menteri Malaysia tu.

Selain mendedahkan mengenai isu salah laku seksual Anwar, Ummi turut mendedahkan mengenai saham - saham yang berbillion - billion milik Anwar diluar Negara. 

Beliau juga turut menceritakan mengenai aktiviti rasuah yang dilakukan oleh Anwar ketika beliau jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Di sebelah Anwar pula, Ketua Penipu itu didapati tidak lagi menyentuh mengenai isu APCO dan Wikileaks seperti yang dilakukannya ketika di Tenang dulu.

"Gua pun nak 'soru' jugak brader."

Kali ini beliau menyentuh mengenai isu rasuah pemimpin yang mana beliau juga turut terlibat seperti yang didakwa oleh Ummi Hafilda sebelum si Anwar tu sampai.

Kita kena ingat. Anwar masuk penjara tahun 1999 dulu bukan sebab kes liwat. Tapi sebab isu rasuah yang dilakukan olehnya.

Si Al - Juburi itu juga turut menyentuh mengenai krisis di Mesir. Dia kata yang kaya di Mesir tu kononnya hanya Hosni Mubarak anak beranak je.

Yang dia tu macam mana pulak? Tak kaya ke dia dan anak beranak dia masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri dulu? 

Mana datang hasil kekayaan si Azmin Ali dan konco - konconya kalau bukan sebab si Al - Juburi ni banyak bagi kontrak pada mereka dulu? 

Itulah salah satu sebab mengapa pengikut - pengikut Anwar keluar UMNO pada ketika itu. Mereka sebenarnya dah hilang tempat bergantung untuk mendapatkan projek.

Yang bab tu dia tak nak pulak cerita. Dia pandai tuduh orang, tapi diri sendiri pun tak betul lagi. Memang sah tak reti tengok cermin la mamat ni.

Salah diri sendiri dia tak nak kaji. Asyik nampak salah orang je kerjanya. Nak jadi Perdana Menteri konon. Ceit!!! Pigidah!!!

1 ulasan:

  1. Baru 30 perstus didedahkan oleh Ummi, Anwar dah meroyan-royan... Kalau 40 Peratus? Kalau 70 peratus? selebihnya tak tahulaaa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping