Nak kata apa lagi pada puak - puak Parti Angguk Saja ni? Diorang memang sah pekak badak. Sebab semua yang orang cakap dia buat tak tau je.
Semalam Suruhanjaya Pilihanraya dah bagi tahu, tidak dibenarkan mana - mana pihak mendirikan barong atau pondok panas di kawasan pembuangan undi.
Larangan tersebut tidak mengira parti sama ada dari PAS atau pun Barisan Nasional. Mereka akan merobohkan pondok panas jika pihak terbabit tetap berdegil.
Tapi sebab dasar pekak badak puak - puak PAS, mereka tetap juga membina pondok panas dengan memasang kanopi berhampiran kawasan tertentu.
Ini jelas dasar bebal tak bertempat. Di Kerdau, diorang buat hal kat kawasan Teluk Sentang. Kecoh sekejap kawasan tersebut dengan pergaduhan mulut.
Nasib baik pihak berkuasa cepat bertindak. Kalau tidak, mau bertumbuk kat tempat tu semalam. Pihak Polis dan juga anggota SPR berjaya membukak semula kanopi yang dibina.
Turut dilaporkan, puak - puak PAS buat khianat dengan mencabut poster BN sepanjang jalan ke Teluk Sentang tanda protes kononnya.
Dah terpaksa jentera BN dari kalangan Pemuda UMNO Negeri Pahang terpaksa berkawal dikawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Ingat kat Kerdau je ke puak - puak PAS ni jadi bebal dan pekak badak? Di Melimau pun sama jugak. Siap ada kepala alam lagi.
Ni gambar yang dihantar oleh blogger Badut Rakyat yang memantau keadaan di Merlimau. Kelihatan si Khalid Gereja sedang berbincang dengan pihak Polis.
Dia nak 'kaw tim' la kot dengan Polis tu supaya membenarkan diorang bina barong panas di tempat tu. Dia nak bagi apa, tiket ke 'syurga' untuk Polis tu ke?
Sudah - sudah la jadi pekaknya. Padahal benda tu dah diumumkan sebelum ini dan semua orang dah sedia maklum.
Nak jadi bebal jugak kenapa? Nampak sangat la puak - puak PAS ni sebenarnya saja nak cari pasal. Tu belum masuk waktu membuang undi lagi tu.
Kalau dah tau nak kalah, jangan la buat hal. Kalau orang tempatan tahan jugak. Ini kerja orang luar. Dah datang tempat orang, saja nak cari pasal. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.