Khamis, Mac 31, 2011


Uik! Sejak bila pulak Ketua Penipu ni bercadang nak buat Album ni? Ada nilai komersil ke kalau dia nak rakamkan Album nanti?

Mungkin sebab tu la pihak Polis mengeluarkan notis meminta si Ketua Penipu tu hadir ke Mahkamah bagi merakamkan kenyataannya. Nak 'test' suara la tu kot.

Rakaman tersebut berhubung kekecohan pada sebuah perhimpunan haram yang telah diadakan pada 25 Mac lalu di Taman Melawati.

Menurut Naib Presiden PKR, N. Surrender kata siasatan ke atas Anwar itu dijalankan dengan niat jahat dan jelas bermotifkan politik.

Konon tindakan memanggil Anwar ke Ibu Pejabat Polis itu merupakan salah satu contoh salah guna kuasa yang paling ketara.

Si Surrender tu jugak turut menuntut agar siasatan 'tidak berasas' ini dihentikan segera dan semua yang bertanggungjawab memulakannya dibawa ke muka pengadilan.

La!!! Mamat 'menyerah kalah' ni buta ke apa? Itu la yang sedang dibuat oleh pihak Polis sekarang ni. Mereka memanggil pihak bertanggungjawab memulakan semua ini ke muka pengadilan.

Siapa yang memulakan semua ni? Puak - puak PKR jugak. Jadi, puak - puak PKR la yang perlu dibawa ke muka pengadilan. Kalau bukan puak - puak PKR ni, siapa lagi?

Perhimpunan Jumaat lalu merupakan Majlis Pelancaran Kempen DNA (Datuk Najib Altantuya). Itu je dah menjadi satu dakyah pembohongan dan fitnah yang nyata.

Dah terang - terang kempen tersebut diadakan dengan niat jahat dan bermotifkan Politik semata - mata. Ianya juga satu tuduhan 'yang tidak berasas' seperti yang dinyatakan oleh Surrender tadi. 

Sampai sekarang, apa bukti mereka ada mengenai penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes Altantuya? Kalau ada bukti, kenapa tak ambik tindakan saman terhadap Datuk Seri Najib?

Jadi tak heran la bila pihak Polis mengambil tindakan ketika Anwar sedang berucap sebab dia jelas sedang menyebarkan fitnah. Takkan kita nak biarkan sahaja fitnah tersebut berleluasa?

Tapi, bila Polis bertindak, hadirin yang hadir semua tak puas hati. Diorang yang mula - mula baling botol, batu, kayu dan kerusi ke arah pihak Polis.

So, sekarang siapa yang memulakan semua ni? Polis ke yang mula - mula buat kecoh dengan menabur fitnah tak tentu pasal? Atau puak - puak PKR sendiri yang memulakannya?

Nak buat dakwaan pun, biar la berasas Surrender oi! Jangan main bedal ikut kepartian sangat. Guna akal la. Nama je Peguam, tapi itu pun tak tau. Ceit!!! Pigidah!!!

2 ulasan:

  1. Rasanya kalau pembangkang dapat Putrajaya, habis negara haru-biru. Bila samseng mengamuk, tak perlu ambil tindakan. Sapa2 boleh buat ceramah dan lancar kempen kesukaan masing2.

    BalasPadam
  2. http://parangdayak.blogspot.com/ Bro . sila Linkan Blog saya. UMB BN Sarawak

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping