Kalau bab cerita video seks, kecoh satu Malaysia. Tak pasal - pasal je rakyat Malaysia jadi gempar disebabkan cerita lucah tu.
Semuanya angkara tiga orang Datuk dan seorang cucu yang gila nama tu. Main wayang entah apa - apa. Baut mengabihkan masa je.
Macam Semut kata, ada lagi isuyang lebih penting dan perlu diberikan keutamaan. Isu pasal DNA tu dah tentu la. Sebab isu tu dah nak sampai penghujung.
Tapi masih jugak tak dapat cari jalan penyelesaian. Yang isu ni pun satu hal jugak. Tak pernah diberi perhatian oleh rakyat dan umum.
Hari ni, Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa kes siasatan penyelewengan wang peruntukan oleh dua ADUN Selangor terpaksa ditutup.
Semuanya disebabkan kematian TBH yang berlaku secara tiba - tiba itu. Kata Pegawai Penyiasat SPRM, kematian Teoh telah membantutkan siasatan.
Penutupan kes itu juga katanya telah merugikan SPRM kerana ianya tidak boleh diteruskan tanpa Teoh.
Katanya, penutupan kes itu diberitahu oleh Pegawai Penyiasat bernama Syafik yang mengambil kes tersebut daripadanya.
Dua kes tersebut membabitkan siasatan dakwaan penyelewengan dikawasan Seri Kembangan dan Kampung Tunku bagi tahun 2008 hingga 2009 yang lalu.
Ini bukan setakat merugikan pihak SPRM sahaja dah ni. Ini turut merugikan seluruh rakyat Selangor secara khusus dan rakyat Malaysia secara amanya.
Dah tentu penyelewengan tu berlaku dengan menggunakan duit rakyat. Dan bila berlakunya penyelewengan, sudah tentu ia turut melibatkan salah guna kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terhadap dua ADUN tu.
Sekarang rakyat perlu tahu, siapa dua orang ADUN tersebut? Kenapa nama mereka tidak didedahkan? Takkan takde saksi lain yang boleh sabitkan mereka dengan kesalahan tersebut?
Kalau tutup macam tu je, dah tentu mereka sekarang tengah tersenyum kambing dekat rumah urut di sekitar kawasan Selangor.
Kenapa benda seperti ini tidak diberi perhatian? Mungkin sebab kes ini tak de video yang ditayangkan dan tidak melibatkan Anwar sebagai watak utamanya.
Semut akui jugak. Jarang buat laporan mengenai isu ini. Bukan apa. Sebab orang yang disiasat tu dah mati.
Lain la kalau cerita pasal DNA. Dua - dua orang tu masih hidup. Tapi apa - apa pun, dua kes ini masih memerlukan keadilan dan kebenaran. Mari kita terus selongkar perkara ini sampai kita jumpa DNA Anwar Ibrahim. Hehehe...
Sangat bersetuju dengan Semut.SPRM nampak lemah kenapa tidak dipanggil saja untuk soal siasat Adun DAP yang terlibat dengan penyelewangan itu. Mengapa mesti takut untuk bertindak.
BalasPadamKes besar mcm tu takkan SPRM dapat 1 saksi je ???
BalasPadam