Khamis, Mac 24, 2011


Pelik. Memang pelik. Tajuk laporan semalam dalam Malaysiakini membuatkan rakyat tertanya - tanya. 

Mereka kata: Bodoh sangat ke 3 orang individu yang dikenali sebagai Datuk T tu? Semut tanya, kenapa pulak mereka berpendapat begitu? 

Jawapannya, kenapa bodoh sangat nak mengaku kata dia ada dalam video tersebut? Mana ada orang nak mengaku kalau dia dah buat salah. Ini tanggapan rakyat. 

Ada juga yang menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Rahim Thamby Chik serta dua orang rakannya itu satu tindakan yang bodoh.

Patut tajuk artikel Semut ni tadi berbunyi 'Tiga Orang Datuk T yang Bodoh'. Sebabnya mereka cukup berpengalaman dalam politik tapi dalam nak buat kerja macam ni, memang mereka tak reti lansung.

Orang tengah sibuk - sibuk buat desakan tuntut Si Al - Juburi tu untuk menyerahkan DNA dia kepada pihak Mahkamah.

Isu itu lebih penting. Isu itu perlukan penyelesaian segera demi kebenaran dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Yang diorangsibuk keluarkan isu Video Lucah ni secara tiba - tiba apasal? Menyusahkan kerja orang je diorang ni sebenarnya.

Walaupun kata Tan Sri Rahim, dia sedia memberi keterangan kepada pihak Polis, tapi motif dia mendedahkan video itu yang menjadi persoalan.

Dia nak bagi keterangan kepada pihak Polis tu boleh membersihkan dakwaan terhadap penglibatan UMNO ke?

Kalau dah tak reti nak buat kerja jahat, jangan buat. Serahkan sahaja video itu kepada pihak Polis. Nak banyak drama buat apa. Buat habiskan masa je.

Itu kata pandangan umum. Semut tulis je apa yang diluahkan oleh rakyat. Tapi apa - apa pun, kebenaran dalam isu ini perlu diselesaikan segera.

Sama la macam isu DNA si Al Juburi tu. Itu pun masih tertunggak dan menjadi persoalan jugak. Berapa lama baru boleh diselesaikan masalah tersebut?

2 ulasan:

  1. I THINK KEADILAN UNTUK SEMUA ORANG..YANG MENDEDAH PUN MESTI DIBERI KEADILAN..JANGAN SEMBARANGAN BUAT TUDUHAN..BESAR HIKMAH DAN PENGORBANAN MEREKA BERTIGA INI...KALAU TIDAK ENTAH APA LAGI YANG BERLAKU DAN DITIPU OLEH RAKYAT..SAYA SOKONG KEPADA MEREKA YANG HENDAK MENEGAKKAN KEBENARAN..SIAPA JOLOK LUBANG MANA ITU BUKAN ISU..TETAPI KALAU ADA ORANG ISLAM YANG BERSIKAP SEDEMIKIAN, MAKAN KEBENARAN WAJIB DITEGAKKAN.

    BalasPadam
  2. Hai Semut Hitam yang sedang merayap, eee...

    Aku sangatlah geramnya bila isu/kes vedio ini diletupkan saat tumpuan kita kepada keputusan hakim untuk terima barang kes lockap atau arahkan Nuar serahkan DNA... Ledakan tiba-tiba yang BESAR kemungkinan untuk ganggu atau alehkan tumpuan massa tetap ada. Awas!

    Kesa ledakan itu setidak-tidaknya telah BERJAYA alihkan hala serangan para bloggers mesra kerajaan. Serangan dan bedilan bagi runtuhkan PR di Sarawak tiba-tiba seperti terhenti kini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping