Bising - bising kat luar, apa guna? Cakap - cakap saja kat kedai kopi boleh la. Balai cerita la kalau berani.
Itu cakap orang mengenai isu pendedahan video seks yang didedahkan oleh kumpulan Datuk T awal minggu ini.
Semua orang hari ini masih bercerita mengenai isu tersebut dan seakan - akan sudah melupakan mengenai isu DNA.
Ada bagusnya juga. Kurang sikit saman 'Contemp of Court' bila semua orang teralih tumpuan. Tapi Semut tetap mahukan keadilan.
Sama ada dalam isu DNA mahu pun pendedahan video seks ini. Ia masih perlu diterangkan dan diperjelaskan kepada rakyat.
Sekarang, katanya pihak Polis sedang merakamkan kenyataan daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay mengenai isu video tersebut.
Kedua - dua mereka dilaporkan tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 5 petang tadi. Mereka juga katanya akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan Polis.
Dengar kata jugak, salinan video berkenaan juga akan diserahkan kepada Polis pada sesi perjumpaan mereka petang tadi.
Jadi sekarang, nak cerita apa lagi? Biar Polis buat siasatan terhadap kesahihan video tersebut dan bagi mereka peluang untuk mengenal pasti siapa individu didalam video itu sebenarnya.
Ini beria - ia nak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja la apa la. Bagi je video tu pada Polis, kan senang. Nak berdrama tak tentu hala ni apasal?
Dah tak pasal - pasal je Pelakon terkenal Pakatan Pembangkang jadi songeh. Orang belum sebut perkataan 'Action', dia dah masuk cerita. Nampak sangat dia tak sabar - sabar nak dapat 'Publicity' murahan. Macam orang tak tahu. Ceit!!! Pigidah!!!
Salam hormat sahabat, mohon perkenan jika bersesuaian tentang blog saya pada pandangan sahabat sudilah kiranya link kan blog saya didalam ranking mana-mana ranking pun tak apa, hihihi...janji kita join.
BalasPadamhttp;//KemBalakEnterprise.blogspot.com