Isnin, April 18, 2011


Kalau tengok tajuk posting Semut hari ni logik tak? Tak logikkan? Mana boleh 230 lawan 1. Itu tak adil namanya.

Hari ni Semut diberi kesempatan untuk menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang dalam sesi penggulungan Exco Kerajaan.

Keadaan suasana dalam Dewan tak berapa hangat seperti hari - hari sebelumnya. Itu kata beberapa orang pemerhati yang hadir la kan.

Ketenangan sidang Dewan mula hangat apabila Exco Tanah, Perumahan, Infrastruktur dan Kemudahan Asas membuat penggulungannya.

YB Datuk Sofie menyentuh mengenai soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Damak mengenai isu tanah di Jerantut yang katanya hendak dimajukan menjadi kawasan perumahan.

Kawasan perumahan itu dalam kawasan tanah Rizab Melayu. Ia bakal memberikan kediaman baru untuk 230 buah keluarga di daerah tersebut.

ADUN Damak tu membangkitkan mengenai seorang Tokeh Getah yang mana kebunnya turut terlibat sama dalam kawasan tersebut.

Bila disemak, kawasan tanah kebun getah tu termasuk dalam kawasan rizab Melayu yang juga merupakan kawasan yang akan dimajukan kelak.

Tokeh Getah tu tak duduk pun kat kawasan tanah tu. Dia ada rumah lain dikawasan bandar. Kebun seluas 4 ekar tu dijaga oleh pekerja asing yang diupah oleh beliau.

ADUN Damak tu mati - matian nak mempertahankan Tokeh Kebun tu dan minta supaya kawasan tanah yang nak dimajukan tu dialih sedikit.

Pikir logik la sikit. Mana lagi penting dan perlu didahulukan? 230 pembeli rumah baru tu ke atau seorang Tokeh Getah yang dah ada rumah sendiri, tapi teroka tanah secara haram?

Itu satu soalan yang perlu dirasionalkan. Kedua, kalau diberi kelonggaran untuk dikekalkan kawasan kebun tu, apa pulak alasan Kerajaan nak bagi pada pembeli seramai 230 orang tu nanti?

Tokeh Getah tu bukan tak dapat apa -apa. Dia dah ditawarkan oleh pihak Pemaju wang pampasan yang mencukupi untuk dia membuka ladang baru.

Kalau tengok gelagat diorang tadi, macam Kerajaan lawan Pembangkang pun ada jugak. Padahal ADUN Damak tu dari parti Barisan Nasional sendiri.

Jadi, secara tak lansung, pembangkang ni tak diperlukan sangat dalam Dewan ni untuk memperjuangkan rakyat. Ingat wakil rakyat BN tak boleh nak perjuangkan hak rakyat ke?

Kalau tak boleh, takkan ADUN Damak tu beria - ia bertekak dengan Exco Kerajaan Negeri mengenai isu seorang Tokeh Getah petang tadi.

Apa - apa pun, soalan yang ditanya oleh Dato Sri Diraja MB Pahang diakhir perbahasan tadi sudah mencukupi: Adakah ini isu mengenai peneroka tanah haram yang dibangkitkan? Hah! Senyap terus ADUN Damak tu. Hehehe...
Categories: ,

3 ulasan:

  1. salam tuan, mohon pautan http://pantausblog.blogspot.com disini

    terima kasih

    BalasPadam
  2. Damak + Tamak = BONGOK!!!!!!

    BalasPadam
  3. Salam bro Semut...

    Mohon link kan blog aku kat sini...tengkiu bro..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping