Jumaat, April 22, 2011


Ini satu kenyataan yang agak menggemparkan dunia Politik terutamanya bagi Pakatan Pembangkang dan PAS terutamanya.

Mungkin sebab mereka dah sedar kewujudan pengaruh Anwar didalam PAS dan peranan mereka hanya membawa keburukan semata - mata.

Menjelang Muktamar Tahunan dan pemilihan peringkat pusat bulan Jun nanti, PAS katanya akan mempertimbangkan semula kedudukan mereka didalam Pakatan Pembangkang.

Pendekatan ini mungkin akibat daripada kritikan yang tidak memihak kepada PAS berikutan kekalahan dan kegagalan mereka dalam Pilihanraya Sarawak baru - baru ini.

Maka semakin hari, semakin ramai yang mula sedar bahawa mereka selama ini menjadi kambing hitam sahaja untuk dijadikan korban demi perjuangan orang lain.

PAS dijadikan punca KEGAGALAN Anwar dalam janji 16 September dan Presiden PAS sendiri ditampar oleh kepimpinan lain dalam komponen Pakatan Pembangkang.

Bak kata seorang Pemimpin PAS sebelum ini, mahu atau tidak, mereka terpaksa ikut juga kehendak PKR dan DAPigs kerana termakan 'budi'. Budi apa entah la. Dia tak cakap la pulak.

Setiausaha PAS Pusat, Mustafa Ali kata, PAS akan mempertimbangkan kedudukan dan hubungan mereka dalam Pakatan Pembangkang selepas kes yang membabitkan Anwar selesai.

Ia sama ada kes liwat dimahkamah atau pun kes skandal video seks yang masih dalam siasatan pihak Polis ketika ini.

Bila dia ditanya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri yang sebelum ini mengesyorkan agar Si Ketua Penipu itu mengangkat sumpah bagi membersihkan imej dia.

Ingat! Nik Aziz juga pernah menyarankan Anwar agar bersumpah untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam dakwaan kes meliwat Saiful Bukhari sebelum ini.

Walaupun demikian, Anwar tetap enggan untuk berbuat demikian. Bayangkan, saranan Nik Aziz pun dia tolak, apa lagi bukti yang PAS mahukan?

Jika bersumpah pun dia enggan, apa kata Mustafa Ali dan PAS secara keseluruhannya keluarkan desakkan terhadap Anwar agar menyerahkan DNAnya kepada Mahkamah.

Itu sahaja yang PAS perlu buat untuk menilai sejauh mana KETELUSAN dan KEJUJURAN Si Ketua Penipu itu terhadap Parti yang memperjuangkan Islam ni.

Ingat!!! Islam sangat menitik beratkan KEBENARAN! Jadi, KEBENARAN itulah yang perlu dicari dan dinilai oleh PAS sebaik mungkin. Jangan main Angguk Saja tak tentu arah!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping