Jumaat, April 22, 2011

...Mursyidul AM Pun Nyenyak Di Buai Janji - Janji Anwar...

Kadang - kadang, Semut rasa kesian dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Sampai bila diorang nak jadi hamba kepada DAPigs dan PKR?

Pagi tadi, Semut sempat duduk dengan seorang 'otai' dalam Politik. Otai - otai pun, dia dah tak de jawatan dalam mana - mana parti.

Sebabkan dia dah 'otai', jadi pandangan dan buah fikiran dia boleh jugak kita jadikan renungan dan difikirkan secara rasional.

Kata dia, salah satu sebab kenapa rakyat Sarawak tak terima PAS adalah sebab mereka dilihat sebagai pemecah Perpaduan Ummah dikalangan rakyat Negeri.

Alasan yang dia bagi, untuk apa PAS bertanding ditempat ramai penduduk Islam sedangkan dasar perjuangan mereka ialah untuk menyebarkan Syiar Islam?

Umpama orang yang dah sedia ada di Masjid tetapi masih diberi ceramah dan khutbah agar mereka hadir ke Masjid.

Dar apa yang Semut lihat masa diMuara Tuang tempoh hari, itulah hakikat sebenarnya. Tapi diorang masih tak sedar diri jugak.

PAS datang bertanding di tempat itu hanya untuk memecah-belahkan Perpaduan diantara penduduk tempatan sahaja. Bukan diorang nak menyebarkan syiar Islam.

Sampai bila PAS nak terus tidur dari menyedari hakikat bahawa mereka hanya menjadi alat untuk DAPigs dan PKR untuk memecah-belahkan umat Islam di Malaysia ni?

Semut rasa kesal sebab Semut dulu pun penyokong kuat PAS dikawasan Gombak masa zaman Ustaz Ismail Kamus. Ustaz Ismail Kamus pun tinggalkan PAS.

Sudah - sudah la PAS diperalatkan untuk kepentingan individu - individu yang gila kuasa sampai porak - peranda jadinya institusi Islam di Malaysia ni.

Kalau nak berpegang pada Islam, kembali la pada Al - Qur'an dan Sunnah. Perpaduan Ummah itu sepatutnya menjadi wadah perjuangan yang perlu ditegakkan.

Kaji balik dimana kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang sejak 3 tahun kebelakangan ini sebenarnya. 

Lihat sahaja di Pulau Pinang. Mana ada ADUN PAS jadi Exco Kerajaan Negeri. Exco Hal Ehwal Agama Islam diberikan kepada PKR, kenapa tak bagi pada PAS?

Di Perak sewaktu Nizar Lilin jadi Menteri Besar, berapa ramai Exco Kerajaan Negerinya terdiri daripada ADUN PAS? Itu pun PAS masih tak sedar - sedar jugak? 

Adakah mereka masih enak dibuai mimpi kuasa yang indah yang didendangkan oleh Anwar Ibrahim? Lupakah mereka pada perjuangan asal PAS dulu yang mahu menegakkan syiar Islam? Ke mana perginya dasar perjuangan tersebut? Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

  1. kedudukan PAS dlm PR sekarang adalah ibarat lembu yang dicucuk hidung oleh DAP. Jauh dari perjuangan Islam. Tunduk kepada DAP bukan kepada ALLAH SWT demi kuasa politik. Rela diperalatkan untuk memecahbelah umat Islam.

    TETAPI PEMIMPIN PAS TIDAK MAHU SEDAR WALAUPUN DAH SEDAR

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping