“Konsep 1 Malaysia gagal di kalangan masyarakat Cina . . . mereka masih menolak BN,” - Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Itu yang jelas. Hakikat yang nyata dan tidak perlu disangkal lagi dikalangan parti Komponen Barisan Nasional.
Persoalan yang timbul dikalangan ahli peringkat akar umbi pun sama seperti apa yang telah dinyatakan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yussof.
Parti - parti dari Komponen Barisan Nasional yang memperjuangkan masyarakat Cina di Malaysia ni dilihat tak berfungsi lansung dalam memenangi hati pengundi kaum tersebut.
MCA, GERAKAN dan SUPP. Apa yang mereka dah buat untuk memperjuangkan Gagasan 1Malaysia? Ada diorang buat sesi penerangan mengenai gagasan tersebut?
Takkan diorang duduk goyang kaki sahaja dan hanya tahu menuntut itu dan ini? Apa yang diorang tuntut semua dah diberi. Tapi hasilnya?
Bagi diorang jadi wakil rakyat, yang memenangkan diorang pun dari kalangan Bumiputera jugak. Tapi bila dah menang, dengan orang Bumiputera ni diorang sombong pulak.
Bila orang Bumiputera minta bantuan, diorang bagi alasan yang bukan - bukan. Alih isu sana sini. Sampai bila diorang nak bergantung harap pada undi Bumiputera ni sahaja?
Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak ni merupakan satu petanda bagi mereka. Petunjuk yang perlu membangkitkan kesedaran dikalangan Parti - Parti Komponen Barisan Nasional.
Jangan la setakat pandai buat tuntutan itu dan ini sahaja. Tapi hasilnya entah ke mana. Sedar la diri sikit. Jangan asyik seronok dibuai mimpi berpanjangan!!!
tujuan mereka ialah cina tetap menguasai bandar.ia bukan parti tapi bangsa.cuma bangsa melayu saja memperjuangkan parti masing2 dan akhirnya menjulang mereka keatas....puak 2berparti ni tidak sedar meminggirkan bangsa melayu sendiri...
BalasPadamEntahlah, kenapa orang Melayu bila jadi pemimpin, mereka jadi bacul.
BalasPadam