Ahad, April 24, 2011


Wah!!! Ini satu perkembangan hangat!!! Azmin Ali tuduh pemimpin PAS semuanya Jaguh Kampung!!! Macam la dia tu jaguh bandar, ye tak.

Dengar kata, PKR naik angin dengan pendirian PAS yang nak mengkaji semula kedudukan parti itu bersama Pakatan Pembangkang.

PAS mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan kepada laporan Polis sekiranya lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan sebelum ini terbukti Anwar.

Azmin Ali kata, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang ditanya oleh wartawan semalam cukup menguris hati Anwar dan PKR. (Haktuih!).

Azmin juga seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agun PAS itu berbohong dan menafikan perkara tersebut hari ini.
“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin
Fuh!!! Dia nak jugak PAS bersekongkol dengan PKR walaupun individu dalam video seks tu adalah Anwar? Maknanya, dia nak PAS bersekongkol dengan perbuatan maksiat?

Azmin jugak mendakwa bahawa penjelasan daripada Mustafa itu adalah disebabkan tuntutan rakyat yang mahukan kebenaran.

Kebenaran yang rakyat tuntut ilaha daripada Anwar dan PKR. Bukan dari PAS. Sebab Anwar dan PKR yag buat masalah. PAS hanya mengkaji kedudukan mereka sahaja.

Orang yang paling layak untuk membuktikan penjelasan ialah Anwar. Dia perlu buktikan bahawa dia tidak terlibat dalam isu video tersebut. 

Angkat sumpah dengan menyatakan bahawa dia bukan orang didalam video tersebut. Apa, susah sangat ke? Itu semua demi membersihkan nama dia jugak.

Azmin juga dengan jelas menyatakan bahawa PAS adalah parti yang tidak lagi relevan tetapi hanya mahukan perhatian.

Persoalannya, adakah PAS masih mahu bersahabat dengan PKR mengenai perkara ini? Adakah salah bagi PAS untuk memikirkan mengenai kedudukan mereka dan menjauhkan diri daripada maksiat?

Adakah mereka akan tetap akur walaupun dicaci cerna oleh seorang anak muda dengan sedemikian rupa?

PAS kena ingat, mereka semakin hari, semakin hilang sengat disebabkan oleh PKR dan Anwar. Semakin hari, parti yang memperjuangkan Islam ini mula dipinggirkan oleh Melayu.

Jadi jangan jadi kambing hitam kepada Pakatan yang tujuan sebenarnya adalah untuk memperjuangkan seorang individu sahaja. Islam ada maruah! Jangan dipersendakan maruah tersebut kerana tuntutan orang lain!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Salam...harap dapat dilink blog KL BOYZ disini..
    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Kalau Azmin Dayus berani kata PAS jaguh kampong tengok apa kata PAS Jagoan Islambernai. Kalau tak
    cakap apa maananya PAS lebih Dayus daripada Azmin.
    Apa cam...

    BalasPadam
  3. Apa itu Jaguh Kampong !

    Jaguh Kampong sinonim dengan menjaga anasir yang songsang atau jengkel dari bertapak di Kampong laman mereka...itu amalan atuk atuk kite yob.

    Jaguh Kampong tak buat huru hara,fitnah ,melanggar tatasusila orang tempatannya. itu kelakuan atuk kite yob.

    Jaguh kampong kurang cerdik bertipu muslihat dan temberang itu nasihat Tok Imam surau kite Yob

    Jaguh kampong berpegang kebenaran sabelum bertindak...itu amalan pak cik -pak cik kite Yob.

    Jaguh kampong jaga maruah isteri,anak dara,janda janda. Tak boleh main sesuka hati apatah lagi liwat meliwat di kg nya macam filem Semerah Padi...favourite filem orang melayu.

    Jaguh Kampong nakal tapi bermatian kalau Allah dan Rasulnya digadai utk kepentingan...tst

    Jaguh Kampong bertindak jadi nahas jawabnya.

    Jadi PAS tidak punyai ciri ciri sedemikian.Sila

    letakan PAS ditempat lain. Maaf..Pahit Tapi Benar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping