Ahad, April 24, 2011


Semut mula nak tulis tajuk posting ni: Bila Bang Nuar Nak Sedar? Tapi macam tak best sangat la pulak tajuk tu. Sebab tajuk tu tak cukup sengat untuk menampar muka manusia yang musibat macam Anwar Ibrahim ni. 

Dia ni bukan setakat kena bagi penampar je, sepak terajang pun masih tak sedar diri jugak. Maklum la, Anugerah Tuhan la kata kan.

Tak pe, kita biarkan dia bongkak dan sombong tak ingat dunia. Lagi kuat dia menipu rakyat, lagi bagus. Sebabnya, rakyat pun dah tak percaya pada Kaki Kencing ni.

Semua orang dah tahu yang dia kuat menipu. Sampaikan kawan - kawan dia sendiri pun dah mula meninggalkan dia satu persatu.

Dan ada jugak dikalangan rakan - rakan dia yang meninggalkan dia mula berpaling tadah dengan membocorkan rahsia - rahsia dia kepada rakyat umum.

Kenapa diorang buat macam tu? Adakah semata - mata sebab merajuk dan tak dapat habuan serta sebagainya? Mungkin jugak. 

Tapi hakikat sebenarnya, diorang tak nak orang lain pun terjerat sama dalam jaringan penipuan Si Al - Juburi ni. Dia menipu hanya untuk kepentingan diri dia sahaja.

Itu rakan - rakan baik dia. Hari ini, parti - parti komponen dalam Pakatan Pembangkang pun dah mula mempertikaikan Si Ketua Penipu ni.

Semuanya bermula dengan Pilihanraya Negeri Sarawak baru - baru ni. Kalau dalam Pilihanraya Umum yang lalu, SNAP dinamakan sebagai salah satu sekutu kuat mereka.

Tapi dalam Pilihanraya Negeri yang diadakan baru - baru ini, SNAP pun dah beralih arah dan meninggalkan Pakatan Penipu Rakyat tu secara keseluruhannya.

Mereka pun dah tahu yang parti pimpinan Anwar iaitu PKR adalah sebuah parti yang tamak tak ingat dunia. Semua benda diorang nak rampas. Dah kena tinggal dek SNAP.

Lepas tu, ada jugak desas - desus mengatakan yang pemimpin DAP pun dah mula meragui kepimpinan Anwar selepas Pilihanraya Negeri Sarawak sebab dia lari disaat - saat akhir.

Malah bukan masa Pilihanraya Negeri je dia cabut lari, hampir ke semua sesi Pilihanraya, dia pasti akan melarikan diri. Mana mungkin DAP boleh terima seorang pemimpin penakut macam tu.

Kemudian, PAS pun sedang mempertimbangkan kedudukan mereka dalam Pakatan Pembangkang sebab mereka dijadikan kambing hitam dalam Pakatan tersebut.

Kegagalan PAS dalam merebut sebarang kerusi masa Pilihanraya Negeri tersebut dijadikan faktor kegagalan Pakatan Pembangkang ini.

PAS juga dipertanggungjawabkan diatas kegagalan Anwar menunaikan janji 16 Sepetember sedangkan PAS lansung tak terlibat dalam perkara tersebut.

Jadi, akibat tuduhan liar seperti itu, maka tidak salah bagi PAS untuk mengukur sejauh manakan keikhlasan Anwar serta kejujuran dia dalam Pakatan itu sebenarnya.

Maka, semua orang dah tahu yang Anwar Ibrahim ni seorang yang kuat menipu sana sini. Sampaikan rakan - rakan dia sendiri pun dia tipu. 

Jadi tak heran la kalau Kak Wan Omega beria - ia mempertahankan Anwar. Kalau rakyat pun dia boleh tipu, inikan pulak isteri dia sendiri. Kacang je bagi dia.

Sedar lah rakyat Malaysia sekalian. Tanya diri sendiri, adakah manusia seperti ini yang kita mahu jadikan sebagai Ketua Negara dimasa akan datang? Layak ke dia nak jadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau tanya Semut, jawapannya: JANGAN HARAP!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping