Pesanan Penaja: Sila baca dulu sampai habis. 'Don't Judge The Post By It's Title'. Terima kasih.
Memang patut la Pakatan Pembangkang tak suka sangat dengan Barisan Nasional. Diorang tamak tak ingat dunia.
Tak de kasi 'can' lansung. Habis semua 71 kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ni diorang sapu.
Dengar kata diorang siap letak 20 orang calon baru untuk kerusi - kerusi tertentu. Ianya membuktikan bahawa BN dimana sahaja tidak ketandusan pemimpin pelapis.
Tapi BN tak kesian ke dengan Pakatan Pembangkang ni? Diorang beria - ia la bertekak sesama sendiri nak menentukan kerusi untuk bertanding.
Sampai PKR pun kena penampar dengan SNAP kerana berebut kerusi punya pasal. Konon kata hubungan mereka rapat, ikhlas dan berjuang untuk rakyat.
Ini kalau dah sampai saat - saat terakhir pun masih tak dapat ditentukan siapa bertanding dimana, rapat menda jadahnya?
Itu la bahananya kalau setakat retorik dalam perjuangan. Bak kata seorang pengikut PAS pada Semut dulu: "Politik pun jangan la sampai jadi munafik".
Yang Pakatan Pembangkang ni sebab kes munafik la ni. Cakap lain, buat lain. Itu pasal la nak tentukan kerusi bertanding pun sampai hari ni tak selesai lagi.
Sekurang - kurangnya, BN walaupun satu nama, tapi dalamnya ada parti - parti komponen yang terlibat. PBB ada, SUPP ada, PRS ada, dan jugak SPDP.
Boleh dikatakan bahawa dalam BN ni, macam - macam ada. Jadi, tak boleh jugak la nak kata BN tamak ye tak? Sebab dalam BN tu ada banyak parti - parti lain.
Yang tamaknya PKR je. Semua dia nak sapu. Tapi dia tipu rakyat kata ada permuafakatan diantara mereka dengan DAP, PAS dan SNAP di Sarawak ni.
Memang dah dasar Penipu Rakyat, nak buat macam mana ye tak? Bila orang suruh duduk bawah satu nama dan satu lambang pun banyak sangat alasannya. Ikhlas konon. Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.