Isnin, April 04, 2011


Ai! Makin pelik pulak perangai si Ketua penipu ni ye? Dah kena sampuk agaknya Anwar ni. Sampaikan Polis pun diajak menari.

Tau la cita - cita dia sebenarnya nak jadi penyanyi sebab nak jadi Perdana Menteri dia asyik beralasan dalam isu penyerahan DNA dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Tapi nak jadi penghibur pun, takkan la sampai nak ajak Polis ni berjoget bersama - sama dengan dia? Memang sah musibat.

Laporan dalam Malaysiakini kata, Pihak Polis sekali lagi hadir mengganggu ceramah yang disampaikan oleh Si Ketua Penipu tu semalam.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa Polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'Mesyuarat Luar Biasa'. Bukan untuk ceramah.

Alasan yang telah diberikan ialah kerana tempoh berkempen masih belum bermula. Memang betul la alasan pihak Polis tu. Sekarang ni bukan masa berkempen. 

Yang diorang pegi buat ceramah kenapa? Kempen Pilihanraya Negeri Sarawak akan bermula pada 6 April nanti. Polis pun nak ditipunya?

Tapi ye ke yang menahan Anwar dalam gambar tu pihak Polis? Kalau baca laporan dalam Malaysiakini, katanya Polis tu pakai pakaian beruniform. Yang ni tak pakai uniform pun.
...apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap...-Malaysiakini.
Nak kata pada vest tu ada tulisan POLIS pun tak nampak pulak. Yang nampaknya cubaan Malaysiakini menipu rakyat ada la.

Siap ada ulasan lagi yang dibuat oleh Anwar. Konon kata dia pihak Polis ni tidak akan mengambil tindakan sekiranya Ceramah itu gagal menarik ramai hadirin.

Ek eleh. Yang dia berceramah dalam Restoran hari tu pun, ada 10 ke 20 orang je yang dengar. Polis ambik tindakan jugak. 

Tak payah la nak menipu rakyat Anwar oi! Ingat rakyat ni bodoh sangat ke macam dia?

Ketua Wanita PKR Sarawak pulak kata, sambutan yang diberikan oleh masyarakat Betong ni luar jangkaan mereka. Kata dia, bukan mudah nak mintak rakyat Betong ni dengar ceramah Politik.

Itu pun satu lagi perkara yang boleh diragui. Entah - entah dia ajak penduduk di betong tu untuk hadir ke jamuan makan sempena 'Mesyuarat Luar Biasa' tu.

Tapi sebaliknya, penduduk Betong tu pun dikelentong oleh mereka dan terjebak hadir dalam sesi Ceramah. Mana tau ye tak? Bukan boleh percaya sangat dengan PKR ni. Maklumlah, Parti Kelentong Rakyat. Nak buat macam mana???
Categories: ,

1 ulasan:

  1. xbaik fitnah...
    tidakkah kamu mengerti bahwa ftnah itu lbih bhya drpda membunuh??
    jika kamu mndustakn ia,sama seperti kmu mndustakn al-quran.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping